Translate

12 April 2025

Pantau projek sakit supaya selesai dalam tempoh ditetapkan - PM Anwar



Pantau projek sakit supaya selesai dalam tempoh ditetapkan - PM Anwar

Bernama

12/04/2025


Perdana Menteri Anwar (kanan) mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Baharu pada Sabtu. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan semua projek termasuk status "projek sakit" perlu dipantau, supaya ia dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan hatta mencapai prestasi yang membanggakan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau menyatakan perkara itu ketika menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Baharu hari ini.

"Saya singgung kepentingan memperhebat dan melicinkan lagi projek rakyat yang menjadi keutamaan, khususnya untuk impak pembangunan ekonomi dan kemajuan bersama-sama.

"Perbincangan terarah kepada faktor yang boleh dipertimbangkan dalam menyegerakan projek seperti rancangan tebatan banjir, supaya tidak membebankan rakyat sehingga melibatkan penambahan kos serta kerugian kewangan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mesyuarat turut disertai Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta para pegawai kanan Persekutuan dan negeri.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar juga berharap semoga kepedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Kelantan terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya.

Selepas mesyuarat itu, Perdana Menteri kemudian menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 5 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 8 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 8 hrs 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 9 hrs 11 mins ago