Translate

24 April 2025

Lima sekeluarga didakwa culik remaja perempuan 16 tahun, tuntut tebusan RM2 juta



Lima sekeluarga didakwa culik remaja perempuan 16 tahun, tuntut tebusan RM2 juta

Bernama

24/04/2025


Semua tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. - Gambar/ Bernama


SEREMBAN: Lima individu termasuk pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, dua minggu lepas.

Kerani D. Sasveena, 31, dan suaminya T. Boharaj, 32, serta Farhin Muhammad Ariffin, 23, P. Koshen Kumar, 21, dan P. Siveeshinaa, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Kesemua mereka yang mempunyai hubungan persaudaraan didakwa secara bersama menculik remaja berkenaan bagi menuntut wang tebusan berjumlah RM2 juta di hadapan sebuah salun rambut di Uptown Avenue, Seremban 2 di sini kira-kira 5.45 petang pada 10 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni manakala peguam T Harpal Singh mewakili kelima-lima tertuduh.

Terdahulu Norazihah tidak menawarkan jaminan berikutan kes itu merupakan jenayah berat dan membabitkan keselamatan mangsa.

Harpal bagaimanapun meminta mahkamah membenarkan suatu tempoh diberikan untuk pihaknya memfailkan hujahan bertulis mitigasi rayuan jaminan.

Hakim Datin Surita Budin membenarkan permohonan pihak pembelaan dan menetapkan 14 Mei untuk sebutan semula kes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB meterai perj' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat individu rentas sempadan secara haram ditaha' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu bermasalah, abai penyeleng' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Suami isteri berdepan detik cemas kereta langgar g' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Putin, Anwar akan adakan perbincangan kerjasama du' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Astro lancar “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awa' 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 25 mins ago