Translate

20 November 2024

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, lima daerah terjejas



Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, lima daerah terjejas

Astro Awani

19/11/2024


Kemaman merekodkan tujuh PPS dibuka melibatkan 1,524 mangsa dengan 489 keluarga manakala Setiu mencatatkan 66 mangsa dengan 18 keluarga ditempatkan di sebuah PPS. - Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu, dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.

Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Kemaman merekodkan tujuh PPS dibuka melibatkan 1,524 mangsa dengan 489 keluarga manakala Setiu mencatatkan 66 mangsa dengan 18 keluarga ditempatkan di sebuah PPS.

Di Marang, 13 mangsa dengan empat keluarga direkodkan, 11 mangsa dengan tiga keluarga di Hulu Terengganu dan lapan mangsa dengan dua keluarga, kesemuanya masing-masing ditempatkan di sebuah PPS.

Sementara itu, menurut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, lapan sungai di negeri itu dikategorikan dalam keadaan berjaga-jaga.

Antaranya ialah Sungai Besut di Jambatan Keruak di Besut; Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu, dan Sungai Tumpat di Kemaman.

Pada Selasa, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang, dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 November ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED