Translate

04 November 2023

Polis panggil lima individu kes gaduh dengan penghantar barangan



Polis panggil lima individu kes gaduh dengan penghantar barangan

Astro Awani

November 4, 2023
Polis sedang melengkapkan siasatan dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Polis panggil lima individu kes gaduh dengan penghantar barangan

Polis sedang melengkapkan siasatan dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

KUALA LUMPUR: Polis menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan penghantar barangan dan pengawal keselamatan di sebuah bangunan di Persiaran Tun Razak, di sini, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nazron Abd Yusof, kejadian itu tular di media sosial menerusi dua rakaman video berdurasi tiga minit 15 saat dan dua minit 15 saat.

Rakaman tersebut menunjukkan dipercayai berlaku perselisihan faham antara dua lelaki itu.







Berdasarkan hantaran pada video berkenaan, penghantar barangan itu dipercayai dilarang masuk ke dalam bangunan tetapi penerima bertegas supaya dia masuk.

Penghantar itu dikatakan memarahi pengawal terbabit menyebabkan dia memanggil rakan sekerjanya untuk mendapatkan bantuan sebelum tercetus pergaduhan.

Pergaduhan berlaku antara penghantar dan seorang lelaki yang memakai jaket merah.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada Khamis lalu jam 3.20 petang di antara seorang penghantar barang dan seorang individu yang berpunca daripada salah faham.

"Setakat ini seramai lima individu telah dipanggil untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nazron berkata, siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED