MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OUR MUSIC PLAYER IS AT THE BOTTOM IN PINK. TO VIEW THE SONG LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... THE MUSIC PLAYER IS NOT AVAILABLE ON MOBILE PHONE OR TABLET

KL CITY WALK

Wednesday, 8 August 2018

Kira-kira 30 penyokong yang menunggu di luar lobi mahkamah melaungkan takbir, 'Hidup Najib', 'lawan tetap lawan' dan 'Hidup Melayu'.






Laungan penyokong iringi Najib tinggalkan mahkamah

Faiz Zainudin | August 8, 2018



Kira-kira 30 penyokong yang menunggu di luar lobi mahkamah melaungkan takbir, 'Hidup Najib', 'lawan tetap lawan' dan 'Hidup Melayu'.

VIDEO INSIDE



Najib keluar dari mahkamah dan menuju ke kenderaannya dengan kawalan ketat pegawai polis.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta tengah hari ini, selepas mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau keluar dari mahkamah dan menuju ke kenderaannya dengan kawalan ketat anggota polis kira-kira 12.42 tengah hari.

Kira-kira 30 penyokongnya yang menunggu di luar lobi mahkamah, melaungkan takbir, “Hidup Najib”, “lawan tetap lawan” dan “Hidup Melayu” sebaik sahaja melihat kelibat bekas perdana menteri itu.

Najib berhenti seketika untuk melihat gelagat penyokongnya sambil senyum.



“Terima kasih,” katanya sambil melambai tangan dan memberi salam kepada penyokongnya.

Turut hadir ialah anak Najib, Norashman dan Nooryana Najwa, serta Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam, selebriti Ellie Suriaty Omar, Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, Datuk Rafi Awang Kechik dan bekas ahli Umno yang pernah menyaman Najib, Anina Saadudin.

Anina menyifatkan pendakwaan ke atas Najib ialah gimik untuk menunjukkan kepada rakyat yang kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengambil tindakan ke atas bekas presiden Umno itu.

“Saya harap rakyat jangan tertipu seolah-olah Najib mempunyai banyak kesalahan apabila kerap datang mahkamah. Baca fakta dulu, jangan tertipu sepertimana pilihan raya lepas,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, pendakwaan ke atas Najib hari ini adalah tambahan kepada pertuduhan pada 4 Julai lalu, bukannya tuduhan baru.

“Hari ini tidak ada pertuduhan baru. Ia tambahan kepada yang lama, melibatkan penambahan akta.

“Kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada bukti yang kukuh untuk dakwa Najib atas dakwaan baru dan tuduhan dibuat langsung tidak ada kaitan dengan isu 1MDB.”

Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 3 pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International, dalam 2 akaunnya 4 tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-3, Najib didakwa menerima wang masing-masing berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil aktiviti haram, melalui Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (Rentas) dalam 2 akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap 3 pertuduhan pecah amanah dan 1 pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International.


No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.