Translate

06 August 2018

Kebodohan Siapa Ni? 304 unit senjata api yang dibeli oleh Kastam sejak 2015 tidak dapat digunakan disebabkan perolehan pelaksanaannya belum mendapat kelulusan polis



Kastam gagal manfaat senjata api lebih RM1 juta kerana tiada lesen

Bernama | August 6, 2018



304 unit senjata api yang dibeli sejak 2015 tidak dapat digunakan disebabkan perolehan pelaksanaannya belum mendapat kelulusan polis.



Sebanyak 234 unit dengan nilai RM917,600 disimpan di JKDM dan 70 unit dengan nilai RM624,050 di stor syarikat pembekal. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) gagal memanfaatkan 304 unit senjata api bernilai RM1.5 juta yang dibeli sejak 2015 kerana perolehannya dilaksanakan sebelum mendapat kelulusan lesen daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, keadaan itu menyebabkan objektif pembekalan senjata api berkenaan tidak tercapai.

Bagi menyelesaikan isu itu, ketua Audit Negara mengesyorkan agar diadakan pertemuan dan perbincangan peringkat atasan/tertinggi antara JKDM dan PDRM.

Menurut laporan itu senjata api berkenaan termasuk senjata automatik, kini disimpan di Cawangan Operasi Marin dan Khidmat Sokongan Ibu Pejabat JKDM iaitu sebanyak 234 unit dengan nilai RM917,600 dan di stor syarikat pembekal iaitu sebanyak 70 unit dengan nilai RM624,050.


Laporan itu juga mendapati kelemahan lain termasuk pelantikan pegawai persenjataan dan pegawai teknikal persenjataan tidak mengikut prosedur, verifikasi senjata api tidak dilaporkan secara bertulis dan rekod keluar/masuk senjata api tidak diselenggarakan dengan lengkap dan teratur.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED