Translate

05 August 2018

Jho Low persoal langkah Tun Dr. Mahathir merampas Equanimity


Rampas’ Equanimity: Jho Low persoal langkah Dr M

FMT Reporters | August 5, 2018



Ahli perniagaan di tengah-tengah skandal 1MDB itu berkata, undang-undang tidak dihormati di bawah pemerintahan Dr Mahathir.



Low berkata, langkah terbaru kerajaan menunjukkan “betapa pantasnya pemerintahan berdasarkan undang-undang menghilang daripada rejim Dr Mahathir”.

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low menghimbau krisis kehakiman negara 1988 ketika menuduh Dr Mahathir Mohamad melanggar prinsip “pemerintahan mengikut undang-undang” selepas diumumkan bahawa kapal layar mewah dikaitkan dengannya akan diserahkan kepada kerajaan.

Dalam satu kenyataan melalui pasukan peguam beliau, Low, yang merupakan watak utama dalam penyiasatan di Malaysia dan Amerika Syarikat berhubung dakwaan penggelapan wang berjumlah beberapa bilion dolar AS daripada 1MDB berkata, langkah kerajaan pimpinan Dr Mahathir menerima kapal tersebut tidak sah dari segi undang-undang dan bertujuan politik.

“Seperti yang dilakukannya dalam krisis kehakiman 1988, Mahathir menunjukkan kepada dunia bahawa rejim baru beliau masih tidak berminat dengan pemerintahan mengikut undang-undang” kata beliau, merujuk kepada krisis yang tercetus akibat pemecatan beberapa hakim kanan pada penggal pertama Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Low berkata, langkah terbaru kerajaan menunjukkan “betapa pantasnya pemerintahan berdasarkan undang-undang menghilang daripada rejim Dr Mahathir”.



Indonesia bersetuju menyerahkan kapal layar mewah “Equanimity” bernilai AS$250 juta yang dikaitkan dengan skandal 1MDB kepada Malaysia. Ia ditahan di Bali awal tahun ini oleh polis Indonesia atas permintaan pihak berkuasa AS.

Keputusan itu dibuat berikutan permintaan peribadi Dr Mahathir kepada Indonesia.

Lokasi sebenar Low masih misteri sewaktu pihak berkuasa Malaysia memburu beliau berikutan penyiasatan baru ke atas skandal 1MDB. Pasport Malaysia beliau telah dibatalkan dan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.

Low berkata penyerahan kapal layar itu kepada Malaysia juga bertentangan dengan perintah mahkamah di AS.

Kata beliau, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) menyebut bahawa kapal layar itu sepatutnya berada di bawah penguasaan AS sehingga mahkamah menentukan pemilik sebenarnya.

“Tindakan sebegini semakin menjelaskan bahawa tidak ada bidang kuasa undang-undang di mana isu dalam kes ini boleh dihakimi secara adil berikutan putar belit media global yang didorong pihak berkepentingan politik bertujuan mensabitkan Low di ruang awam,” kata kenyataan itu.

Menurut saman difailkan oleh DoJ, Low menggunakan wang yang digelapkan daripada 1MDB untuk membeli Equanimity berukuran 300 kaki dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED