Translate

25 August 2018

Gambar & Video Bogel Anak Pelakon Terkenal Che Ta (Rozita Che Wan) menjadi Viral







Sudirman Mohd Tahir dan Najiy Jefri


am@hmetro.com.my

“BIASALAH apabila orang terkenal akan keluar gambar pelik-pelik. Saya dulu pun pernah kena,” kata pelakon jelita, Rozita Che Wan mengenai gambar bogel yang tular didakwa mirip anak sulungnya, Ammar Effendy.
Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, anaknya baru mengetahui perkara itu dan sudah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Ammar baru dapat tahu mengenai penyebaran gambar itu hari ini. Disebabkan itu, Ammar dan pengurus saya sudah buat laporan kepada pihak SKMM.

“Biarlah pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas,” katanya.
Menurut Che Ta, dia juga sudah masak dengan pelbagai kontroversi sejak membabitkan diri dalam industri seni 13 tahun lalu.
"Saya enggan ambil pusing kerana di era teknologi yang serba moden ini pelbagai benda boleh dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat," katanya.
Terdahulu, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki yang kononnya mirip Ammar tular di laman sosial sejak malam tadi.
Difahamkan juga, pengendali yang menyebarkan gambar berkenaan bertujuan jahat apabila mahu mempromosikan kepada pelanggan yang ingin membeli video penuh.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Ogos 2018 @ 6:04 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED