Translate

16 June 2018

Tiga Suspek Yang Memukul Pekerja Restoran sudah pun ditahan.




BERITA HARIAN
Sabtu, 16 Jun 2018 | 6:16pm
Pukul pekerja restoran tak mahu bayar makanan




KUALA LUMPUR: Lima pelanggan sebuah restoran bertindak biadap apabila memukul dua pekerja restoran di Publika, Hartamas apabila tidak mahu membayar harga makanan yang sudah dimakan.

Kejadian berlaku pada jam 11 pagi Ahad lalu itu turut viral di media sosial memaparkan video tiga daripada empat lelaki dan seorang perempuan berkenaan bertindak memukul dua pekerja restoran terbabit.

Menurut pemilik restoran, Ekbal Hussain Mohamed Gani, kejadian itu berpunca apabila tiga lelaki berkenaan tidak mahu membayar harga makanan yang dipesan berikutan mendakwa ia tidak sedap sebelum membuang pinggan berisi kuah ke lantai.

Katanya, selepas menyatakan bahawa makanan yang dihidang tidak sedap, tiga lelaki berkenaan kemudian memanggil dua pekerjanya.

"Saya terima panggilan mengenai kejadian daripada salah seorang pekerja dan berkejar ke restoran untuk melihat situasi itu.

"Namun, sebaik sampai, lima pelanggan berkenaan sudah tiada," katanya ketika ditemui di restorannya di Publika, Hartamas, hari ini.

Menurut Ekbal, kejadian itu berpunca apabila pekerjanya meminta kumpulan pelanggan berkenaan untuk membayar harga makanan yang mereka makan selepas dipanggil.

"Disebabkan tidak berpuas hati, tiga daripada empat lelaki itu kemudian memukul pekerja restoran saya di bahagian muka dan kepala.

"Kerana tindakan itu, mereka terpaksa mendapatkan rawatan di klinik sebelum membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pemilik restoran berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga suspek terbabit memukul pekerja restoran berkenaan sudah pun ditahan bagi membantu siasatan.

"Dua suspek pertama ditahan pada jam 11.30 malam hari kejadian manakala seorang lelaki ditahan pada keesokan harinya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED