Translate

13 June 2018

Akhirnya 8 adun Barisan Nasional (BN) hari ini mengangkat sumpah sebagai exco negeri di depan Raja Perlis


8 adun BN angkat sumpah sebagai exco Perlis

Melissa Darlyne Chow | June 13, 2018



Hanya seorang adun BN tiada dalam senarai exco Perlis, iaitu Ismail Kassim yang juga adik kepada Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim.



Lapan adun Barisan Nasional (BN) hari ini mengangkat sumpah sebagai exco negeri. (Gambar Bernama)

ARAU: Lapan adun Barisan Nasional (BN) hari ini mengangkat sumpah sebagai exco negeri di depan Raja Perlis, hampir 3 minggu selepas mereka memboikot pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai ketua menteri.

Hanya seorang adun BN tiada dalam senarai exco Perlis, iaitu Datuk Ismail Kassim yang merupakan adik kepada Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan calon menteri besar Perlis yang ditolak Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir dalam majlis angkat sumpah di Istana Arah itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Syed Jamalullail, Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Azlan selaku menteri besar turut memegang portfolio pentadbiran dan kewangan, pelaburan dan perdagangan antarabangsa, perancangan ekonomi dan pembangunan industri, hal ehwal tanah, keselamatan dan ketenteraan awam.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED