Translate

22 May 2018

Jamal Yunos ditahan oleh Polis Selangor di bawah Akta Senjata Api di Hospital Pakar Ampang Puteri, kira-kira 1.15 tengah hari tadi.

Image result for jamal yunos pistol


Jamal ditahan di bawah Akta Senjata Api

FMT Reporters | May 22, 2018



Polis Selangor menahan ketua Umno bahagian Sungai Besar itu di Hospital Pakar Ampang Puteri, kira-kira 1.15 tengah hari tadi.



Jamal Yunos masih ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri kerana beliau sedang menerima rawatan di sana.

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan di bawah Akta Senjata Api, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, Jamal ditahan kira-kira 1.15 petang tadi di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor.



“Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat di bawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12/5/18.

“Suspek sekarang masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mazlan berkata, polis sedang menyiasat Jamal berkaitan beberapa kes dan 2 waran tangkap akan dilaksanakan ke atasnya selepas beliau selesai menjalani rawatan di hospital itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED