MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OUR MUSIC PLAYER IS AT THE BOTTOM IN PINK. TO VIEW THE SONG LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... THE MUSIC PLAYER IS NOT AVAILABLE ON MOBILE PHONE OR TABLET

KL CITY WALK

Saturday, 28 April 2018

Bekas ratu cantik Miss Malaysia India yang juga pelakon filem Tamil menerima kecaman kerana mengajak masyarakat India sokong BN


Mourhrna menunjukkan salinan laporan polis mengenai kecaman yang diterimanya pada sidang media di sini, tadi.

SINAR HARIAN

SEREMBAN – Hanya kerana memberi komen positif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengajak masyarakat India menyokong BN, bekas ratu cantik yang juga pelakon filem Tamil menerima kecaman.

Malah, Mourhrna Anetha Reddy, 33, yang merupakan Miss Malaysia Indian Global 2006 dan Miss Malaysia India Worldwide 2011, turut diugut dicederakan.


Susulan insiden tersebut beberapa rakannya meminta supaya dia berhati-hati kerana mendapat tahu ramai orang mencarinya.

Semuanya bermula selepas video pandangannya terhadap kerajaan BN dimuat naik di laman sosial Facebook sebelum disebarkan sehingga tular sejak Isnin lalu.

Menceritakan perkara itu, Mourhrna Anetha Reddy berkata, ketika menghadiri ceramah anjuran MCA di Bilik Gerakan Dun Temiang, 19 April lalu, dia telah ditemu bual oleh kumpulan pengendali sebuah laman Facebook.

“Saya diminta memberi komen mengenai program itu dan saya beritahu ‘Perdana Menteri sudah buat banyak benda untuk kaum India, jadi jom sokong BN’.

“Saya betul-betul tak sangka disebabkan kenyataan itu, ramai yang kecam saya di Facebook dan di aplikasi kumpulan WhatsApp.

"Saya pun hanya mengetahuinya selepas diberitahu oleh kawan beberapa hari kemudian dan segera minta pihak terbabit memadam video itu, tapi malangnya ia telah disebarkan,” katanya pada sidang media diadakan di sini, hari ini.

Menurutnya, dia kesal kerana kenyataanya itu telah dijadikan isu oleh segelintir masyarakat India sedangkan dia hanya memberikan pandangan sebagai seorang rakyat di negara ini.

Kata Mourhrna, dia mempunyai hak untuk memberi apa saja pandangan dan ia bukanlah satu kesalahan.

“Rasanya tak salah jika kita ambil pendirian untuk sokong mana-mana parti pun, itu hak setiap individu.

“Ada seorang lelaki yang memuat naik videonya memberi amaran kepada saya katanya ‘jika saya sokong BN, tak tahu apa yang berlaku kepada saya’.

"Sekarang ini masih belum terlambat untuk masuk Pakatan Harapan dan jangan hilang peluang itu dan bertaubat’...apa semua ini?, saya tak faham,” soalnya.

Bimbang dengan keselamatannya, Mourhrna telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, semalam.

“Kita tak perlu sikap macam ini, malah perlu menghormati pandangan orang lain, lebih-lebih lagi berkaitan hal politik. Jika seseorang mahu menyokong parti yang disukainya, orang lain tiada hak untuk menghalang,” katanya.

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=3850668389022663206#editor/target=post;postID=4358083186674533442

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

MASTERS OF DIRT 2018

MASTERS OF DIRT 2018

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.