Translate

13 February 2018

Pelakon Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC)

SOFI Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad

Sofi Jikan mengaku tidak bersalah


Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my


PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC), minggu lalu.



Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.



Ketika prosiding, pelakon yang popular dengan dialog 'Wa Kasi Sengat' dalam filem KL Gangstar yang berada di dalam kandang tertuduh berkata 'saya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.'


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC) di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 11.15 malam, 6 Februari lalu.



Bagi perbuatan itu, Sofi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes.



Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy manakala pelakon itu diwakili peguam Datuk Haniff Hassan.



Pada Jumaat lalu, Sofi dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama tiga hari untuk membantu siasatan berhubung laporan polis dilakukan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/388012/sofi-jikan-mengaku-tidak-bersalah

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED