Translate

11 January 2018

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam








/


Farid Kamil Sah Positif Dadah

Diterbitkan: Khamis, 11 Januari 2018 4:35 PM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/01/11/16/34/clipboard.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Farid Kamil ditahan di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling Jaya pada Khamis.
  (Ubah saiz teks)
DIKEMAS KINI
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.
"Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'.
"Dia tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.
"Selain menampar polis dia turut menyepak dua orang awam lain," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Mohd Zani berkata, Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.
Sementara itu, Mohd Zani turut mengesahkan pelakon itu positif dadah jenis ganja selepas menjalani saringan air kencing yang dijalankan selepas dia ditahan.
Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada pagi Jumaat bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/11/farid-tahan-polis/#uqlttCEHHCC0dpbI.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED