Translate

20 January 2018

Konsert Wanna One di Stadium Negara Terpaksa Diberhentikan!, Kerana Keadaan Tak Terkawal,



Keadaan Tak Terkawal, Konsert Wanna One di Stadium Negara Terpaksa Diberhentikan!

Keterujaan lebih 5000 peminat untuk menyaksikan konsert mini dan acara fan meeting kumpulan Kpop sensasi masa kini Wanna One di stadium Negara bertukar menjadi tegang apabila suasana mula kecoh dan tidak terkawal disebabkan puluhan peminat berasak- asak mahu mendekati pentas utama sebaik saja kumpulan itu memulakan persembahan kira-kira jam 8 malam tadi.
Akibatnya, puluhan peminat pengsan dan mengalami kecederaan kerana mereka betolak-tolakan terutama di bahagian rock zone. Ramai peminat terpaksa di bawa keluar oleh pengawal keselamatan.
Pihak polis terpaksa memberi amaran kepada para peminat sekiranya mereka tidak mahu konsert dibatalkan.Pihak polis terpaksa memberi amaran kepada para peminat sekiranya mereka tidak mahu konsert dibatalkan.
Pihak penganjur mengambil langkah mengumumkan persembahan terpaksa diberhentikan seketika bagi mengawal keadaan.
Konsert Wanna One terpaksa diberhentikan kerana peminat berasak-asak dan keadaan tidak terkawal.Konsert Wanna One terpaksa diberhentikan kerana peminat berasak-asak dan keadaan tidak terkawal.
Pada acara Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur Wannabe Love itu, kumpulan tersebut baru saja mempersembahkan dua lagu iaitu Energetic dan Beautiful. Namun mereka tidak dapat meneruskan persembahan dan di minta segera ke belakang pentas.
Selepas lebih sejam konsert terhenti, kumpulan Wanna One akhirnya tampil semula ke pentas untuk menyambung persembahan kira-kira jam 9.45 malam.
Antara lagu yang dipersembahkan seperti Pick Me, Never, Always dan Burn It Up. Sepanjang persembahan mereka, suasana konsert berlangsung dengan tenang dan berakhir pada jam 10.50 malam.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED