Translate

19 January 2018

Jutawan Upah Penari Bogel “Layan” Anak Pada Hari Jadi Ke-12

[VIDEO] Jutawan Upah Penari Bogel “Layan” Anak Pada Hari Jadi Ke-12

Anda masih ingat apa hadiah paling bermakna diberikan sempena ulang tahun kelahiran ke-12? Mungkin pada usia itu segelintir daripada kita dihadiahkan barangan seperti pakaian, permainan, basikal dan kalau pada masa kini pula, telefon bimbit atau jam tangan mewah.
Namun, “tuah” bagi seorang budak lelaki - dia menerima hadiah yang jauh berbeza daripada kanak-kanak seusia dengannya apabila bapa kanak-kanak itu menghadiahkan penari bogel sempena ulang tahunnya yang ke-12.
Rakaman mengejutkan itu tular di laman sosial selepas ia dimuat naik ke laman sosial YouTube dengan kapsyen menjelaskan bahawa penari-penari bogel wanita itu diupah oleh bapa budak lelaki, yang didakwa seorang jutawan sebagai memberi kejutan sempena hari jadi anaknya itu, lapor Metro.uk.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 40 saat, budak lelaki itu dilihat dikelilingi dan ‘dihiburkan’ oleh dua penari bogel, yang berpakaian seksi dan menghairahkan.
Salah seorang daripada penari kelihatan meletakkan tangan budak lelaki itu pada bahagian payudara seorang lagi penari wanita sambil wanita itu bertindak ‘menggoyangkan asetnya’ ke arah kanak-kanak mentah itu.
Video tersebut juga memaparkan budak lelaki itu yang pada mulanya memakai baju t-shirt kemudian bertindak menanggalkan pakaiannya dan menari bersama seorang penari wanita yang hanya memakai bra dan seluar dalam.
Budak lelaki itu bagaimanapun dilihat seolah ‘kurang selesa’, namun pada masa sama kelihatan seorang lelaki dewasa seolah ‘memberi sokongan’ dipercayai bapa kepada budak itu.
Namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar parti itu diadakan. Portal Metro.uk memetik sebuah saluran televisyen berbahasa Sepanyol di Amerika Syarikat, Estrella TV melaporkan bahawa si bapa berharap untuk menjadikan anaknya itu ‘seorang lelaki’
Bagaimanapun, tindakan lelaki itu mengupah penari bogel menerima kecaman daripada pengguna media sosial, lapor portal berita itu.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED