Translate

28 December 2017

Anugerah Instafamous, Anugerah Media Sosial Pertama Di Malaysia


Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my

Buat julung kalinya, acara yang mengiktiraf personaliti popular Instagram iaitu Anugerah Instafamous 2017 diadakan Sabtu lalu.
Dianjurkan TV digital hurr.tv, ia berjaya menghimpunkan ratusan instafamous Malaysia.
Walaupun dibuat sederhana, anugerah berkenaan nampaknya memberi impak tersendiri apatah lagi personaliti yang hadir terdiri daripada individu memiliki jumlah pengikut besar di Instagram.
Bukan saja menjadi medan untuk bertemu lebih dekat dengan rakan seangkatan, pengiktirafan itu membuktikan mereka sememangnya cukup berpengaruh.
Dihoskan Aidid Marcello, acara berkenaan juga tidak dilepaskan beberapa selebriti terkenal tanah air termasuk Zizan Razak, Elfira Loy, Datuk Hans Isaac, Neelofa, Alvin Chong, Syafiq Kyle dan Amira Othman.
Semestinya kemunculan ramai nama besar dalam dunia media sosial seperti Cupcake Aisyah, Little Miss Khan dan Faiz Dickie pasti menjadi tumpuan pada malam itu.
Mereka pasti mahu menjadikan acara itu sebagai penghormatan terbesar buat penat lelah berbakti di media sosial. Tentu sekali ia membuatkan usaha mereka lebih dihargai.
Yang jelas, mereka juga tidak hadir semata-mata mahu mengharapkan kemenangan, sebaliknya ingin meraikan diri sendiri dan rakan lain.
Faiz berkata,walaupun tercalon dalam beberapa kategori, dia tidak kisah jika kalah.
“Saya sedar ramai instafamous baru yang lebih menyerlah berbanding saya. Sudah dicalonkan pun satu penghormatan buat saya.
“Yang penting saya hadir untuk memeriahkan acara ini serta mengeratkan silaturahim bersama mereka. Akhirnya ada juga anugerah yang memberikan kami penghargaan sekurang-kurangnya usaha kami selama ini dipandang,” katanya.
Selebriti yang hadir pada malam itu juga tidak pulang tangan kosong apabila Neelofa dinobatkan sebagai Instafamous Unggul, Zizan (Instafamous Idola #MudahTerhibur), Syafiq Kyle (Instafamous Adiwira), Alvin Chong (Instafamous Fenomena), Hannah Delisha (Instafamous Pujaan Hati) dan Ismail Izzani (Instafamous Paling Layan).
Cukup padat dan bersahaja, acara malam itu juga tidak ketinggalan diserikan dengan persembahan daripada peserta Bakat Ohsem Malaysia.
Ternyata, finalis pertandingan itu masing-masing memiliki keunikan tersendiri.
Begitu juga persembahan nyanyian daripada Amira menerusi lagu Hati-Hati berjaya menghiburkan ramai.
Dalam pada itu, hurr.tv di bawah seliaan Pengarah Saluran, Datin Elaine Daly juga sempat meraikan ulang tahun pertama penubuhan TV digital berkenaan.
Terharu mendapat trofi Instafamous Idola #MudahTerhibur, Zizan pula bersyukur dapat melapangkan masa menghadiri acara terbabit.
Menurutnya, dia mahu menjadikan pengiktirafan itu sebagai motivasi untuk terus maju.
“Untuk setiap anugerah yang saya dapat, saya takkan ambil mudah kerana ia bukti sokongan peminat tidak berbelah bagi. Ini menjadi sumber kekuatan saya untuk terus berbakti cemerlang dalam setiap kerja saya.
“Syukur juga akhirnya dapat meluangkan masa juga untuk hadir walaupun jadual saya padat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2017 @ 4:12 AM




Malam 16 Disember lepas telah berlangsung majlis Anugerah Instafamous 2017 yang dianjurkan oleh Hurr.tv di Menara Suezcap, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur. Ia merupakan anugerah media sosial yang pertama di Malaysia, didedikasikan khas kepada para influencers yang telah mencetuskan impak yang luar biasa di dalam industri media sosial di Malaysia.

Ringkasnya, acara ini yang menggunakan tema stylish denim bukan sahaja meraikan malah memberikan penghargaan kepada para influencers menerusi kategori yang dipertandingkan. Terdapat lima calon dikemukakan untuk setiap kategori dan pemenang dipilih oleh Netizen.
Berikut ialah pemenang-pemenang untuk setiap kategori.
Inspirasi – Vivy Yusof
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Unggul – Neelofa

Fenomena – Alvin Chong
Pujaan Hati – Hannah Delisha
Versatil – Elfira Loy
Adiwira – Syafiq Kyle
00:00
00:00
Idola #Mudah Terhibur – Zizan Razak
Paling LOL – Faiz Roslan (@thefaizroslan)

Paling Chantek – Nur Ameera Khan (@littlemisskhan)
Cas Sihat – Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)
Paling Ohsem -Nur Aisyah Mohd Razip (@cupcake_aisyah)
Paling Stylo – Johanis Sani (@j0.ms)
Paling Layan – Ismail Izzani (@ismailizzani)
Paling Kaaching – Ameerul Afiq (@kingafiqq)
Instagram merupakan satu platform yang menyaksikan ramai individu menjadi popular dan mengumpul ramai pengikut. Mereka-mereka ini mempunyai pengaruh yang besar pada Netizen dari segi gaya hidup, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Anugerah ini dianggap sesuatu yang boleh mengalakkan mereka untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencipta impak di kalangan Netizen Instagram. Tahniah diucapkan buat para pemenang! – beautifulnara.com

READ MORE AT https://beautifulnara.com/21-gambar-sekitar-anugerah-instafamous-anugerah-media-sosial-pertama-di-malaysia/

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED