Translate

14 November 2017

Menerusi laporan Kosmo!, vokalis terkenal Mus (May) dilaporkan kini mengalami masalah hilang ingatan dalam tempoh sementara

Mus (May) Hilang Ingatan Sementara Akibat Penyakit TTP

..
Menerusi laporan Kosmo!, vokalis terkenal Mus (May) dilaporkan kini mengalami masalah hilang ingatan dalam tempoh sementara selepas disahkan mengidap Thrombotic thrombocytopenic purpura (TTP) atau penyakit yang disebabkan kurangnya enzim yang terlibat dalam proses pembekuan darah.

Pada 3 Julai lalu, Mus apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami demam panas. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang dan terpaksa dirawat dalam keadaan koma selama sembilan hari.
Sepanjang itu dia menjalani proses rawatan plasma exchange dengan mengeluarkan sel darah putih dalam badan dan kemudian dimasukkan sel darah baharu sebanyak 400 beg. Kesan daripada ubat dan penyakit berkenaan membuatkan dia sukar mengingati perkara yang berlaku dalam tempoh satu atau dua tahun sebelum ini.
Sebaik saja sedar daripada koma dia langsung tidak dapat mengingati siapa yang datang menziarah. Dia sukar mengingati nama dan di mana dia mengenali orang sekelilingnya.
Dia juga tidak dapat mengingati perkara berkaitan teknikal seperti wayar-wayar yang banyak di dalam studio rakaman, penggunaan komputer serta arah jalan.
"Alhamdulillah, keadaan saya semakin sihat dan stabil sekarang. Mengikut doktor, kesan ini akan berlarutan selama enam bulan. Buat masa ini saya baru sahaja tiga bulan sembuh daripada penyakit berkenaan," katanya.
Mus juga memberitahu berat badannya susut kerana disarankan untuk menjaga pemakanan. Berat asalnya adalah 62 kilogram (kg), namun kini susut menjadi 56 kg. Selain itu, dari segi pemakanan dia perlu mengurangkan makanan pedas dan mengelakkan pengambilan sayur mentah seperti ulam kerana ia boleh mengakibatkan darah menjadi pekat.
Walaupun kurang sihat, Mus bersyukur kerana masih mampu mengingati lirik lagu-lagu May.
Mungkin disebabkan kerana lirik dan melodi berkenaan sudah melekat dalam fikiran saya sejak sekian lama.
"Saya juga tidak bercadang untuk mengurangkan aktiviti seni, semuanya bergantung kepada keadaan," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED