Translate

02 August 2017

NGO Gelar Marina Mahathir Ibu Kepada LGBT



Video: NGO Minta JAWI Siasat Akidah Marina Mahathir
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) agar memanggil dan menyiasat Marina Mahathir bagi mengetahui akidah serta pandangan beliau mengenai LGBT.

Menurut Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd Nor, JMM melahirkan kebimbangan terhadap akidah anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang kian terpesong kerana dilihat menyokong aktiviti songsang itu di negara ini.

“Kita minta Jawi tangkap dan siasat Marina Mahathir kerana sokongannya terhadap LGBT Yang bertentangan dengan akidah sebagai seorang Islam.

Faizan hari ini membuat laporan kepada Jawi berkaitan Marina Mahathir yang diterima Pegawai Perhubungan Awam JAWI, Nadia Zammil.

Dalam laporan berkenaan, Marina didakwa menyokong status seorang pengguna Twitter berhubung isu LGBT.

“Hari ini kita cadang supaya (JAWI) tangkap Marina sebab dia public figure, anak tokoh pemimpin yang dihormati, tokoh pemimpin orang Melayu,” katanya kepada media selepas menghantar laporan berkaitan isu itu kepada JAWI di Kuala Lumpur hari ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED