Translate

27 July 2017

Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York

Mira Filzah Bakal 'Catwalk' di Minggu Fesyen New York

..
Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model bagi memperagakan pakaian di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York.
Menerusi laporan mStar online, bintang utama drama Meh,Sandar Pada Aku ini akan menyertai New York Modest Couture Fashion Week pada 8 hingga 10 September depan di Amerika Syarikat.
Pemergiannya itu sebagai mewakili sebuah pereka fesyen tempatan sekali gus diberi peluang memperagakan pakaian.
"Alhamdulillah ada beberapa projek yang akan memerlukan saya ke luar negara dan paling saya teruja dapat mewakili sebuah jenama di pertunjukan fesyen di New York.
"Malah saya turut diberi peluang untuk memperagakan pakaian jenama yang tak dapat saya sebutkan ketika ini di pertunjukan fesyen itu," katanya
New York Modest Fashion Week itu akan diadakan di The Crowne Plaza, Times Square, New York. Acara itu bakal mengetengahkan fesyen sederhana dan Muslimah dari seluruh dunia.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED