Translate

27 July 2017

Nur Sajat Malas Peduli Isu Identiti Sebenar Didedah

Nur Sajat Malas Peduli Isu Identiti Sebenar Didedah

.
Nur Sajat Yang Sebenar...
.
Usahawan kosmetik yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat, menerima positif pendedahan kononnya identiti dan nama sebenarnya, yang viral di media sosial, beberapa hari lalu.
Nama yang dikatakan nama sebenar Nur Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, viral di Internet hingga mencetuskan spekulasi mengenai jantina sebenar wanita itu.
Memetik laporan BH online, Sajat bagaimanapun berkata, perkara itu mungkin didalangi oleh mereka yang tidak senang dengan pencapaiannya, terutama dalam bidang perniagaan kecantikan yang diusahakan.
"Saya anggap semua ini sebagai resam apabila kita sudah mencapai sesuatu. Saya tahu ada yang tidak senang dengan pencapaian saya.
"Apabila saya sudah berjaya, baru semua ini timbul, kenapa tidak ketika saya bukan siapa-siapa dan tidak ada apa-apa dulu?" katanya.
Tidak mahu ambil pusing mengenai hal itu, sebaliknya beliau lebih berminat memberikan fokus melebarkan empayar perniagaan yang sedang berkembang baik.
"Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri dan terus menjadi lebih baik, manakala yang negatif saya jadikan teladan untuk berhati-hati.
"Ini adalah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai usahawan. Apapun, semua ini tidak sedikit pun melemahkan saya, sebaliknya memberikan saya semangat untuk terus berjaya," katanya.
Beliau berkata, apa yang lebih penting adalah restu kedua-dua ibu bapanya dan niat untuk membesarkan dua anak angkatnya.
Perkembangan lain, Sajat bakal merakamkan single dan menerima pelawaan berlakon filem tidak lama lagi.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED