Translate

30 July 2017

Dengan Sekali Lafaz, Pelakon Siti Saleha Sah Bergelar Isteri Ahmad Lutfi





..
Bintang drama 7 Hari Mencintaiku, Siti Saleha selamat bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di TPC Bukit Kiara, pada Jumaat.
Memetik laporan mStar online, pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Saleha iaitu Mohd Baharom Abdul Rahman dan disaksikan oleh Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Mohd Fadlullah Md Noor pada pukul 3.40 petang.
Saleha, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM500 daripada Ahmad Lutfi, 31, namun jumlah hantaran dirahsiakan.
Saleha yang juga adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam itu, turut memberi sembilan dulang hantaran manakala pengantin lelaki membalas tujuh dulang.
Lutfi yang juga seorang pegawai kerajaan mengikat tali pertunangan dengan Saleha pada 26 November lalu selepas melamar aktres itu di Cancun, Mexico.
MALAYSIAN DIGEST

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED