Translate

26 June 2017

Pasukan jabatan integriti dan pematuhan standard (JIPS) Bukit Aman menahan lapan anggota polis trafik, RM18,000 ditemui






Pasukan jabatan integriti dan pematuhan standard (JIPS) Bukit Aman menahan lapan anggota polis trafik di ibu pejabat polis daerah Ampang. — Foto oleh Yap Tzu GingAMPANG, 23 Jun — Sejumlah RM18,000 dipercayai hasil peras ugut, ditemui dalam sebuah bilik di ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya di sini.

Wang itu disorok bawah meja selain disimpan dalam saku dan beg seorang daripada lapan anggota polis trafik yang ditahan, lapor Harian Metro.



Timbalan ketua polis negara berkata semua ditahan pasukan jabatan integriti dan pematuhan standard (JIPS) Bukit Aman, jam 11.50 malam Selasa lalu.

Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka disyaki memeras ugut warga asing yang melakukan kesalahan dokumen perjalanan tamat tempoh.

“Kita tunggu dalam masa seminggu dua ini, jika hasil siasatan mendapati mereka terbabit secara serius dalam kegiatan itu, sudah tentu tindakan tatatertib akan diambil,” katanya.



Serbuan itu susulan aduan seorang lelaki warga Myanmar yang mendakwa anggota trafik meminta RM1,500 untuk membebaskan rakannya warga Indonesia.



http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/rm18000-ditemui-di-balai-lapan-polis-trafik-ditahan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED