Lagu ‘Raya Nusantara’ ciptaan komposer terkenal Omar K menggabungkan tujuh penyanyi terkenal di rantau ini iaitu Siti Nordiana, Ismail Izzani, Kashika, Alvin Chong dari Malaysia, Rizky Febian dan Fatin Shiqdia dari Indonesia serta Sufi Rashid dari Singapura.
Ini adalah projek pertama kali diadakan bagi memeriahkan Aidilfitri untuk diraikan bersama artis negara serantau. Video muzik arahan pengarah Ghaz Abu Bakar menampilkan kelainan yang tersendiri kepada pelanggan.