MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OVER 130 TOP HITS AVAILABLE ON OUR MUSIC PLAYER AT THE BOTTOM. TO VIEW THE LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... PLAYER NOT AVAILABLE FOR MOBILE PHONE / TABLET USERS

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Saturday, 17 June 2017

Keunikan iklan Hari Raya Astro yang sentiasa mengangkat kisah sebenar yang mampu menjadi tauladan sering menjadi perhatian umum.


Iklan Raya Astro Dapat Perhatian Umum, Media Sosial Luar Negara


.
Keunikan iklan Hari Raya Astro yang sentiasa mengangkat kisah sebenar yang mampu menjadi tauladan sering menjadi perhatian umum.

Tahun ini, Astro telah melancarkan iklan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menyentuh hati berjudul ‘Kisah Benar Adli & amp; Luqman: Dari Hati Ayah’.

Cerita latar memberi tumpuan mengenai pengorbanan seorang ayah, Adli, yang mahu menebus kembali kesilapan lalu dan mengotakan janji terhadap anaknya, Luqman yang autistik. Kehidupan Adli berkisarkan mengenai perjalanannya dalam mendapatkan kemaafan dari Luqman, tetapi adakah Adli sendiri telah memaafkan dirinya?

Menekankan kepentingan amalan memohon ampun dan maaf di hari lebaran, Astro dengan tema ‘Kosong Kosong, Dari Hati’ meletakkan nilai kemaafan dalam bentuk tersendiri untuk penonton pada kali ini. Malah Astro turut meletakkan elemen pentingnya keikhlasan dan kerendahan hati dalam tindakan kita.

Selian itu, iklan ini turut memberi kesedaran dan membuka minda masyarakat agar lebih peka dan prihatin mengenai autisme.

Kisah Mohd Adli telah dipilih kerana ia seiring dengan tema ‘Kosong-Kosong, Dari Hati’ yang mana beliau tidak mementingkan diri dan kesungguhan beliau dalam memberi kesedaran serta sokongan kepada golongan autisme. Jadi, Astro dengan berbesar hati mengangkat kisahnya untuk tatapan umum.

Menurut Adli sendiri, beliau telah menerima respon positif dari umum sejak iklan Raya Astro ditayangkan.

“Saya tidak menyangka akan menerima reaksi sebegini dari orang di luar sana.

"Ada yang datang memberi tahu saya mengenai pengalaman mereka lalui sama dengan saya. Saya berharap kisah saya ini dapat menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana lebih-lebih lagi yang mempunyai anak yang istimewa.

"Autisme ini bukan sahaja memberi kesan pada anak malah turut memberi kesan kepada golongan ibu bapa. Tanpa sedari, kebanyakkannya hanya golongan ibu sahaja yang banyak berkorban.

"Saya juga berharap ibu bapa kepada anak istimewa ini dapat sama-sama berkorban dan memainkan peranan penting dalam membantu membimbing masa depan anak mereka," katanya.

Iklan berdurasi satu minit bagi versi televisyen dan lima minit bagi versi penuh di laman sosial ini diarahkan oleh pengarah kreatif, Maurice Noone dari Thinktank dan dibantu oleh Naga DDB Tribal serta Pemasaran Bahagian Melayu Astro menjadikan sekitar Lembah Klang sebagai lokasi penggambaran selama dua hari.

Sementara itu, pengarah iklan tersebut, Maurice Noone turut                               berkongsi pengalamannya ketika terlibat dengan projek ini. “Ia adalah satu pengalaman bermakna serta membuka mata saya tentang pengorbanan seorang bapa dan keluarga yang berdepan dengan anak istimewa.

"Saya bertanggungjawab untuk menyampaikan kisah mereka secara jujur serta memastikan ia mampu meninggalkan kesan pada penonton.

"Manakala cabaran ketika sesi penggambaran adalah apabila saya terpaksa meminta Adli dan keluarganya imbas kembali memori lama mereka. Antara babaknya ketika Luqman masih kecil dan disahkan menghidap autisme oleh doktor.

"Keadaan ketika itu amat pilu dan Adli sememangnya sangat sebak ketika kami menjalankan penggambaran ketika itu. Namun semuanya berjalan lancar, dan saya amat berterima kasih kepada Adli sekeluarga.

"Selain itu, kami juga berdepan dengan cabaran ketika perlu berkejar untuk menyelesaikan sesi penggambaran sebelum senja dan itu memberi tekanan pada saya.

"Namun, setelah melihat Luqman dan ayahnya, saya mula tenang dan teringat objektif penggambaran kami. Saya harap filem pendek ini mampu memberi kesedaran akanpengorbanan seorang bapa untuk anaknya,” tambah Maurice Noone lagi.

Sementara itu, reaksi dari laman sosial dilihat menerima baik iklan tersebut. Antaranya:

"Iklan Raya Astro kali ini di luar kebiasaan. Tiada unsur keuntungan tetapu membawa mesej kesedaran kepada masyarakat apa itu austime. Ada penerapan mesej kemaafan tetapi ia juga di luar kebiasaan kerana ini bapa pula yang meminta maaf kepada si anak. Setiap kali saya menonton iklan ini tiap kali itu juga air mata mengalir. Syabas Astro.” - Indra Utama Rohaya

"Tahniah Astro dan Encik Adli Yahya..sebak saya tengok..sememangnya semua ibubapa yg punyai anak austisme diberi kecekalan, kesabaran dan ketabahan hati dalam membesarkan mereka. Sesungguhnya mereka semua sangat istimewa dihati kita" – Nik Siti

"This Astro Raya video very well potraits on love, caring and meaning of life. First rule in life: if you never understand what others love, we’ll never understand ours." – Rathakrishnan Appalananaidu

"Congrats again En Adli Yahya. I hope this video gets shared globally to inspire more families - love, understanding and acceptance for autism.” - Adline Writes

“Touched my heart. A wonderful lovin

g father who gave his all for the love of his son.. kudos Encik Adli for creating support and opportunities for the others with Autism Cafe Project..Selamat Berpuasa..” – YongHu Zhang

"Iklan raya Astro yang terbaru ini diinspirasikan dari sebuah kisah benar keluarga Encik Adli Yahya, pengasas dan pemilik Autism Cafe Project. Iklan ini juga dilakonkan semula oleh Encik Adli sendiri selain dihiasi dengan kemunculan istimewa oleh Luqman, anak autistik beliau. Semoga kisah ini dapat menyebarluaskan kesedaran tentang kehadiran dan keistimewaan individu autisme di sekeliling kita." - Mohd Azlis Sani

"Terima kasih kepada Astro dan Encik Adli Yahya sekeluarga. Video ini cukup brmakna kepada mereka yang mempunyai anak istimewa anugerah dari Allah (s.w.t)." - Azizy Ismail.

Iklan ini telah mencapai 3 juta pengguna serta meraih 1 juta tontonan di media sosial dan telah dikongsikan sebanyak 10ribu kali dalam tempoh empat hari. Istimewanya iklan ini turut dapat perhatian dari media sosial antarabangsa seperti Jay Shetty, Bright Vibes dan Autism Parenting Magazine.

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers