Translate

18 June 2017

Dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.di Bandar Baru Sentul





Dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.


Kejadian berlaku di Bandar Baru Sentul dan Segambut awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata sepasukan pegawai dan anggota bahagian jenayah berat D9 terserempak dengan dua penjenayah itu ketika menjalankan Ops Rantau di sebuah kawasan pembinaan di Bandar Baru Sentul .

Suspek yang berpakaian serba gelap didapati berlari keluar dari kawasan tapak projek pembinaan dan terus menaiki dua kereta jenis Proton Waja .

Selepas menyedari kehadiran polis, suspek terus memecut kenderaan mereka.

Ketika sampai di lampu isyarat berdekatan masjid Bandar Baru Sentul , kenderaan suspek masing masing membelok ke simpang sebelah kanan dan kiri jalan.

Polis yang berpecah kepada dua pasukan terus mengejar kenderaan suspek.

Kereta yang memasuki hadapan masjid Bandar Baru Sentul akhirnya berjaya dikepung.
Pemeriksaan didalam kereta suspek menemui sepucuk Pistol , 2 bilah parang dan pelbagai peralatan pecah rumah.

Sebuah lagi kereta suspek yang memasuki Jalan Segambut berjaya dikepung selepas 7 kilometer dikejar.

Suspek kedua ini juga bertindak sama dengan melanggar kenderaan polis dan melepaskan tembakan.

Ini menyebabkan polis membalas tembakan dan suspek mati di tempat kejadian.

Pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemui sepucuk pistol bersama peluru.

Semakan mendapati kedua dua penjenayah berusia 26 dan 46 tahun memiliki rekod jenayah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED