Translate

26 May 2017

– Seorang pegawai penguatkuasa wanita Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) cedera dan pengsan, manakala beberapa lagi luka dan terseliuh sewaktu cuba menahan warga asing dari Afrika


Pegawai Imigresen Pengsan Dirempuh Warga Afrika


Details Published on Thursday, 25 May 2017 20:42




KUALA LUMPUR – Seorang pegawai penguatkuasa wanita Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) cedera dan pengsan, manakala beberapa lagi luka dan terseliuh sewaktu cuba menahan warga asing dari Afrika dalam satu operasi di Jalan Desa Aman Puri, Kepong di sini awal pagi ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Jaafar Mohamed berkata, kejadian dalam operasi yang bermula pukul 12.15 pagi itu itu berlaku apabila sebahagian warga asing di kawasan berkenaan bertindak ganas dan bergelut dengan anggota penguatkuasa bagi meloloskan diri.

“Seramai 14 warga asing mengalami kecederaan ringan dan seorang pegawai penguatkuasa wanita cedera sehingga pengsan akibat terjatuh dirempuh oleh mereka, selain ada pegawai mengalami luka-luka kecil dan terseliuh.

“Bagaimanapun, kesemua warga asing yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap. Pegawai yang cedera telah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jaafar berkata, JIM melakukan operasi di kawasan tersebut kerana ia dipercayai menjadi lokasi tumpuan warga Benua Afrika yang didakwa sering mengganggu ketenteraman awam.

Menurut beliau, JIM dengan kekuatan seramai 120 anggota penguatkuasa dibantu oleh Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dalam melaksanakan operasi berkenaan.

Tambah beliau, seramai 156 individu diperiksa dalam operasi itu dan seramai 102 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Jelas beliau, warga asing yang ditahan itu terdiri daripada 80 lelaki warga Nigeria), satu Lelaki (Senegal) dan tiga lelaki (Bangladesh), satu perempuan (Indonesia), satu perempuan (Filipina), dua perempuan (Thailand), 14 perempuan (Nigeria),.

“Kesemua yang ditahan berumur di antara 20 hingga 45 tahun di hantar ke Depoh Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut. Antara kesalahan mereka tiada dokumen pengenalan diri, disyaki memiliki pas atau permit palsu,” katanya.






- mynewshub.cc

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED