Translate

28 May 2017

Mahkamah Majistret membatalkan waran tangkap terhadap Nelydia Senrose selepas dia bayar kompaun LHDN

Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose Batal

..
Mahkamah Majistret membatalkan waran tangkap terhadap Nelydia Senrose selepas aktres itu gagal hadir untuk kes samannya membabitkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 21 April lalu.
Memetik laporan Utusan online, Majistret P. Sarulatha menetapkan demikian selepas membenarkan permohonan peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd. Yahaya untuk menarik balik samannya terhadap pelakon watak utama drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu selepas diberitahu artis terbabit telah membayar kompaun.
Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, yang tidak hadir pada prosiding pada 24 Mei lalu sebelum ini didakwa atas lima pertuduhan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki beliau mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.
Pelakon drama Strawberi dan Karipap itu juga didakwa gagal mematuhi notis di bawah Sek­syen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendakinya mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED