MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OUR MUSIC PLAYER IS AT THE BOTTOM IN PINK. TO VIEW THE SONG LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... THE MUSIC PLAYER IS NOT AVAILABLE ON MOBILE PHONE OR TABLET

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Thursday, 25 May 2017

DBKL Saman Penceroboh Laluan Bas Dan Teksi

Image result for laluan bas dan teksi jalan ampang
DBKL Banteras Penceroboh Laluan Bas Dan Teksi

KUALA LUMPUR: ''Tidak tahu'', '' kesuntukan masa'' dan ''tidak sengaja'' adalah antara alasan popular pemandu yang dikenakan notis kesalahan memandu kenderaan persendirian di lorong bas dalam operasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Ampang di sini pada Rabu.

Dalam operasi bermula jam 10.30 pagi itu, lebih 40 notis kesalahan dikeluarkan dalam tempoh sejam yang menunjukkan sikap tidak prihatin pemandu di ibu kota mengenai peraturan larangan memandu di lorong khas bas dan teksi.

Selain itu, pemandu yang menggunakan lorong bas juga menyalahkan pemandu lain kerana tidak memberi laluan, kurang peka, kesesakan jalan dan ada yang menafikan melakukan kesalahan itu hingga sanggup bertikam lidah dengan pegawai penguat kuasa bertugas.
Menurut Ketua Cawangan Penguatkuasaan Trafik DBKL Mohd Hisham Izhar sejumlah 18,535 notis kesalahan dikeluarkan bermula Januari sehingga April lepas.

"Walaupun maklumat ditayangkan di VMS (Variable Messaging Signs) dan ada tanda ''Bas, Teksi Sahaja'' dicat dengan jelas di permukaan jalan raya, masih ramai yang melanggar peraturan, malah ada yang meletakkan kenderaan di bahu jalan di lorong khas itu menjadikan jalan raya sesak," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi berkenaan.

Menurutnya, lorong khas bas bertujuan memastikan pergerakan bas lebih lancar dan mengikut jadual ditetapkan walaupun ketika jalan raya sesak bagi memastikan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu kota tercapai.

Beliau berkata bagi memantapkan penguatkuasaan, DBKL akan menjalankan operasi secara lebih kerap selain bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menyenarai hitam pemandu yang ingkar.

Terdapat 13 lorong bas yang digazetkan DBKL antaranya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Dang Wangi.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers