Translate

02 April 2017

Tindakan Amy Mastura yang melatah sehingga terkeluar kata-kata berbaur lucah pada segmen pagi stesen radio Suria FM adalah di luar kawalan.

Latah Kata-Kata Lucah Bukan Salah Amy Mastura

MSTAR.COM.MY
Amy Mastura
  (Ubah saiz teks)
BANGSAR: Tindakan Amy Mastura yang melatah sehingga terkeluar kata-kata berbaur lucah pada segmen pagi stesen radio Suria FM adalah di luar kawalan.
Pengurus Besar Program stesen radio itu, Subarma Moktaruddin berkata, perkara tersebut merupakan risiko yang perlu dihadapi oleh mana-mana stesen radio yang menyiarkan program secara langsung.
"Ia kesilapan di luar kawalan bagi mana-mana siaran langsung, walaupun saya akui ia ada delay (tunda) beberapa minit.
"Ia bukan salah Amy Mastura dan dia tidak perlu bayar denda atas kesilapan itu. Ia adalah atas tanggungjawab kami dan jumlahnya tidaklah sehingga RM50,000 seperti didakwa," ujarnya kepada mStar Online.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/03/30/amy-mastura-latah/~/media/11a35f577ba1458683c04f146eb3ebfb.ashx?la=en
Amy Mastura (kiri) bersama penyampai Suria FM untuk segmen Suria Pagi iaitu Zulin Aziz, Fizi Ali dan Halim Othman (berdiri kiri).
Subarma atau lebih dikenali sebagai Subi ditemui pada sidang media program digital terbaru stesen itu dan siri jelajah 10 Tahun Suria FM, di sini, Rabu.
Isu melatah itu timbul ketika Amy Mastura menjadi artis undangan dalam segmen Suria Pagi bersama penyampai Halim Othman, Zulin Aziz & Fizi Ali.
Akibat masalah itu, pihak Suria FM dikatakan terpaksa membayar denda kepada pihak berkenaan.
Dalam pada itu, Subarma berkata, berikutan kejadian itu, pihaknya sudah mengeluarkan garis panduan terbaharu kepada penyampai-penyampai bagi mengelakkan perkara sama tidak berulang.
Tambahnya, Suria FM juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat rakaman terlebih dahulu dalam sesi temuramah bersama selebriti.
"Ada garis panduan baru yang sudah dikeluarkan kepada penyampai bagi mengelakkan perkara ini berulang.
"Banyak cara untuk mengelakkan perkara ini salah satunya kita boleh buat rakaman dahulu terutama dalam sesi temuramah dengan artis," ujarnya.

Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/03/30/amy-mastura-latah/#vcR1UrPhbrGBERBw.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED