Translate

13 April 2017

Naib Juara GV2 dan Artis Terbaik Raku 2016 Farahdhiya akan buat konsert Di Hard Rock Cafe KL pada April 30,






Naib Juara Gegar Vaganza 2 Farahdhiya akan membuat persembahan "LIVE Di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur” pada hari Ahad, 2.30 petang, April 30, 2017.

Farahdhiya adalah naib juara Gegar Vaganza Musim Ke 2,   program realiti terbitan Astro.

Farahdhiya juga merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita yang bergiat di dalam dunia hiburan Malaysia.




Beliau yang berbintang Taurus dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali.
Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Ibu berasal dari Portsmouth, England manakala ayahnya berasal dari Johor. Dia mendapat pelajaran awalnya di Sekolah Menengah Telok Gadung, Klang, Selangor kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.



Single Farahdhiya, Milikku Abadi, mencipta sejarah sebagai lagu Melayu pertama dimainkan lebih sejuta kali menerusi aplikasi penstriman muzik Raku. Lagu berkenaan dimainkan secara eksklusif di aplikasi terbabit sejak Julai hingga Ogos lalu.


Kejayaan berkenaan turut melayakkan peserta Gegar Vaganza (GV) musim kedua terbabit dipilih sebagai Artis Terbaik pertama aplikasi muzik itu.


Pada January 29, 2017 dia telah keluarkan satu lagi single “Kepada Dia” yang diguna sebagai OST Sumpah Ibu di slot Azalea TV9

Selain menyanyi, Farahdhiya berkecimpung di dalam bidang pengacaraan dan lakonan.
 Drama pertama lakonannya adalah Mencari Arah Kiblat yang disiarkan di TV sempena Awal Muharam 2007. Beliau meletop sebagai pelakon ketika membintangi drama popular di TV3, iaitu Spa Q sebagai Fatin.

Sejak kemunculan semula beliau dalam pertandingan Gegar Vaganza 2, nama beliau kembali diperkatakan dalam bidang muzik bila berjaya memenangi tempat kedua pertandingan tersebut dengan perbezaan markah kurang dari 0.3 markah dari pemenangnya Siti Nordiana.


Farahdhiya dengan Ucop dan Peserta Mentor

Konsert in di Hard Rock Café KL dipersembahkan oleh Melody United Music dan diiktiraf oleh Persatuan Karyawan Malaysia.



Kris Patt, Laseth Lacheman , Farahdhiya dan Dato Freddie Fernandez
Di Dalam Sidang Media yang diadakan semalam Farahdhiya memberitahu bahawa dia akan mempersembahkan sekurang kurangnya 13 buah lagu di konsert pertamanya di Hard Rock Cafe KL dalam persembahan 90 minit.Walaupun dia telah menyanyi di stadium dan pentas lebih besar. Membuat konsertnya tersendiri di Hard Rock Cafe membuatnya teruja dan nervous. 




Farahdhiya di jangka mulakan persembahannya pada jam 4.30 petang akan diiringi oleh Kumpulan Patriot Band dengan 6 Ahlinya dan 4 penari.



Artis Rakaman Melody United Music Kris Patt dan Wafi akan membuat persembahan pembukaan pada Konsert petang itu bersama satu lagi artis yang akan disyorkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia.

Tenpahan untuk tempat duduk persembahan tersebut boleh dibuat dengan WhatsApp or SMS ke 019- 3611535






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED