Translate

11 March 2017

Kim Tae Hee yang juga merupakan isteri kepada bintang sensasi antarabangsa, Rain, membuat penampilan istimewa di perasmian butik jenama fesyen terkenal, Bonia di Pavilion



'Nation Goddess' Kim Tae Hee Rasmikan Butik Bonia Di Pavilion KL

Aktres popular Kim Tae Hee yang juga merupakan isteri kepada bintang sensasi antarabangsa, Rain, membuat penampilan istimewa di perasmian butik jenama fesyen terkenal, Bonia bertempat di pusat membeli belah terkemuka Pavilion Elite, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Majlis perasmian butik jenama fesyen mewah ini turut dihadiri selebriti tempatan antaranya, Alvin Chong, Haiza Karina Teo, Debbie Goh, Aliff Aziz, Nazim Othman.
Kira-kira jm 4 petang, Kim Tae Hee muncul diiringi sorakan peminat yang sudah menanti selebriti pujaan ramai ini, di perkarangan pusat membeli belah ini sejak dari awal pagi lagi.
Anggun jelita mengenakan gaun mini berona nude, Tae Hae sempat melambaikan tangan dan melemparkan senyuman manis kepada peminat.
"Saya teruja dapat berkunjung ke sini dan gembira dengan sambutan peminat. Sebenrnya ini kali kedua saya ke Malaysia, tahun lalu ketika saya hendak Singapura, saya pernah ke singgah di Johor Bahru, " katanya selepas meluangkan masa melawat ruang butik tersebut.
Dalam pada itu, Tae Hae juga sempat berkongsi mengenai minatnya dalam dunia rekaan fesyen. Malah dia menyatakan kesudiaan untuk berkolaborasi dengan Bonia mereka beg tangan dan berharap dapat dipasarkan di sini kelak.
"Saya memang minat fesyen dan mungkin satu hari nanti saya dapat berkolaborasi dengan Bonia dan mereka beg tangan dan dapat dijual sini.
"Kalau tanya saya pilihan beg yang saya gemari, saya memilih beg yang bersaiz kecil tetapi boleh memuatkan barang-barang saya", tutur bekas penuntut jurusan Ijazah Fesyen Seoul National University ini dengan penuh teruja.
Disebut-sebut sebagai 'dewi negara' oleh netizen Korea dek kejelitaan asli wajahnya, pelakon berusia 36 tahun ini cukup dikenali kerana peranannya dalam drama korea seperti Stairway to Heaven (2003), Love Story in Harvard (2004), My Princess (2011) dan Yong-Pal (2015).
Baru-baru ini, Tae Hae melangsungkan perkahwinan dengan Rain selepas lima tahun mereka menjalinkan hubungan cinta. Acara perkahwinan mereka diadakan pada 19 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah gereja, di Korea.
-mD


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED