Translate

11 March 2017

Juara Gegar Vaganza 3 Azharina Azhar akan membuat konsert "Live" di Hard Rock Cafe KL pada March 26, 2017



BESTFBKL ; HAPPY BIRTHDAY AZHARINA!


Azharina binti Azhar atau lebih dikenali sebagai Azharina Azhar, Azharina, Nina merupakan seorang penyanyi pop dari Malaysia yang baru-baru ini telah menjadi Juara Gegar Vaganza musim ke 3, sebuah program realiti terbitan Astro yang menyaksikan 12 penyanyi professional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian.






Azharina binti Azhar dilahirkan pada 11 Mac 1985 di Kota Kinabalu, Sabah. Azharina binti Azhar merupakan anak sulung dari empat adik beradik. Azharina binti Azhar merupakan juara dalam pertandingan nyanyian Bintang RTM 2001 menewaskan peserta hebat seperti Siti Sarah , Misha Omar , dan Asmidar.

Azharina merakamkan beberapa album di bawah syarikat Millenium Art Sdn. Bhd. sebelum keluar dari syarikat tersebut. Azharina berkerjasama dengan Min Yasmin bagi rakaman album berdua. Album 2 SOUL ini diterbitkan Julfekar Ahmad Shah.

Azharina pernah memenangi tempat ke-2 dalam program nyanyian suara Hits1 RTM 1 tewas kepada Jacklyn Victor lagu Gemilang pada tahun 2006 mempertaruhkan lagu Elegi Sepi... Lagu Elegi Sepi merupakan lagu paling lama mengekalkan dalam carta Hits1 RTM 1 selama lebih 30 minggu bertahan dalam carta.

Ini menunjukkan lagu tersebut merupakan lagu berhantu dan hits di Malaysia.. Lagu ini juga dinobatkan lagu top meletop pilihan rakyat Malaysia menewaskan artist ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza dalam satu anugerah bernama anugerah Era FM pada tahun 2005.


Dipersembahkan oleh Azharina Entertainment, Hard Rock Cafe & Melody United Music, Azharina akan membuat persembahan Live at Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada
Masa: 3.00 Petang 

Tarikh: 26 March 2017 (Ahad)
Tempat: Hard Rock Café, Kuala Lumpur


Azharina Azhar

Artis Rakaman Melody United Music Kris Patt akan membuat persembahan pembukaan untuk pada Konsert petang itu. 

Tiket untuk persembahan tersebut boleh didapati di  https://airasiaredtix.com/azharina_live_at_hrc_kl ataupun di Rock Shop Hard Rock Cafe KL



Untuk apa apa pertanyaan sila hubungi nombor 019-3611535





Lagu Lahu Azharina:
Album:
Azharina (2002)
Seandainya (2003)
Nina (2004)

Lagu-Lagu Hit
Seandainya
Elergi Sepi
Rawan





Lagu- Lagu Azharina
Seandainya
Masa Dulu
Di Hari Persandingan mu
Ketika Mentari Beradu
Malam ini
Teman yang ku kasih
Kembali pada-Nya
Damba
Mengenai Cinta
Bukan membenci





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED