Translate

29 March 2017

Anak angkat penyanyi Azharina Azhar, telah selamat dikebumikan


Anak angkat penyanyi Azharina Azhar, 32, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru Puchong Selangor Darul Ehsan.

Singer Azharina's adopted son dies

ANAK angkat penyanyi Azharina Azhar, 32, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru Puchong Selangor Darul Ehsan selepas solat asar, petang tadi.

Allahyarham Rizkie Azharin Azhar Abdullah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi.


"Sebagai ibu saya tidak sanggup lihat keadaan dirinya. Kasihan dia. Dia dalam keadaan kritikal.



"Saya terima ketentuan ini. Saya yakin dia adalah ahli syurga. Moga dia ingat dan dapat memimpin tangan saya di sana (syurga) nanti kerana di dunia ini saya tidak dapat meluangkan masa bersamanya. Semoga dia masih ingat diri saya," ujarnya.

Difahamkan ibu kandung sebenar bayi ini yang berada di Sabah sudah pun dimaklumkan mengenai pemergian anaknya itu.



Kelmarin, bayi comel berusia 23 hari ini dilaporkan nazak dan telah ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Paru-paru penuh dengan susu, mengalami pendarahan otak, buah pinggang kiri kanan rosak, dan darah juga menunjukkan asid yang tidak menentu untuk hidup

Anak kedua Azharina meninggal dunia
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
28 MAC 2017






Allahyarham Rizkie Azharin Azhar Abdullah-Foto IG Azharina.



ANAK angkat kedua kepada penyanyi Azharina Azhar,32, Rizkie Azharin Azhar Abdullah dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 10:30 pagi tadi.

Azharina dalam satu kenyataan di Instagramnya memaklumkan, jenazah Rezkie Azharin Azhar akan dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong Selangor selepas Asar ini.

"Dari DIA kita datang pada DIA kita pulang...Al-Fatihah, semoga ALLAH mencucuri rahmat atas rohnya," tulis Azharina.


Difahamkan Allahyarham Rezkie Azharin Azhar meninggal dunia di Hospital Putrajaya.


Semalam Sinar Harian melaporkan Rizkie Azharin Azhar Abdullah berada dalam keadaan nazak dan telah ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

"Paru-paru dah penuh susu, pendarahan otak , buah pinggang kiri kanan sudah rosak , darah dia menunjukkan asid yang tidak menentu untuk hidup.

“Semasa saya bawa ke hospital selepas konsert dia masih boleh bernafas. Sekarang hanya bergantung 100 peratus pada mesin oksigen, jantung juga di pam,” tulis Azalina.

Al-Fatihah.


Read more
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/anak-kedua-azharina-meninggal-dunia-1.650418

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED