Translate

12 February 2017

Penerbit drama popular Datuk Rafiena Ezanee Ramli kecewa dengan tindakan seorang individu yang dikatakan cuba mengambil kesempatan di atas kesenangannya

Rafiena Kesal Nyaris Kena Tipu

Malaysian DIgest
..
Penerbit drama popular Datuk Rafiena Ezanee Ramli kecewa dengan tindakan seorang individu yang dikatakan cuba mengambil kesempatan di atas kesenangannya untuk menempa nama menerusi syarikat produksi miliknya, Dark Wave Pictures Sdn Bhd.
Menerusi laporan Harian Metro, Rafiena berkata, baru-baru ini dia didatangi individu terbabit yang menawarkan diri untuk mempelajari selok-belok dunia penerbitan drama, namun gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
"Saya sebenarnya sangat terbuka apabila ada individu yang mahu belajar mengenai selok-belok penerbitan drama kerana saya juga mahu melihat mereka berjaya.
"Malangnya saya kesal apabila kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan kepada individu terbabit gagal dilaksanakan dengan baik," katanya.
Menurut Rafiena, dia sudah memberikan banyak peluang dan tugas untuk dilaksanakan, namun amanah itu gagal dilaksanakan membuatkan apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
"Saya sangat tegas apabila bekerja. Saya memang ‘pantang’ apabila ada orang yang cuba mengambil kesempatan untuk kesenangan diri semata-mata.
"Segala kerja akan berjalan lancar sekiranya dia faham mengenai tangungjawab yang perlu dilakukan. Jadi lebih baik saya ‘usir’ saja sebelum keadaan bertambah teruk,” katanya.
Sementara itu, Rafiena bersyukur apabila drama terbaru terbitannya, Syurgaku Tak Sempurna mendapat sambutan luar biasa dan meraih tontonan tertinggi pada hari pertama tayangan di Hypp TV Sensasi (saluran 116).
Menurut Rafiena, drama lakonan Uqasha Senrose, Raja Ilya dan Shah Iskandar itu turut mencatat paling banyak ‘trending’ di Twitter setiap kali ia bersiaran mulai Isnin dan Selasa, jam 9 malam sejak 19 Januari lalu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED