Translate

06 February 2017

Pakar perubatan keadaan Ben Nathan bergelandangan sejak 20 tahun lalu tiada kaitan dengan pengambilan dadah.


Doktor Sahkan Ben Nathan Bersih Dadah


.

Laporan pakar perubatan mengesahkan Ben Nathan, 54, yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Rabu lalu, menunjukkan keadaannya bergelandangan sejak 20 tahun lalu tiada kaitan dengan pengambilan dadah.

Memetik laporan BH online, adiknya penyanyi itu iaitu P Vasanthi, 43, berkata keluarganya lega dengan perkembangan terbaru itu, sekali gus melenyapkan rasa sangsi segelintir pihak yang membuat tuduhan tanpa mengetahui situasi sebenar.

"Sudah lama gangguan emosi berlaku terhadap Ben, malah dulu kami kerap membawanya berubat hingga ke Thailand. Sama ada perubatan tradisional, mahu pun merujukkan dirinya ke HKL, semuanya kami sudah usahakan suatu masa lalu.

"Jadi apabila segelintir pihak membuat andaian melulu tanpa memikirkan perasaan keluarga, sudah tentu kami sedih. Terbukti abang saya tidak terbabit dengan gejala dadah.

"Apa pun kami tidak salahkan mereka yang berfikiran sebegitu. Mereka tidak tahu situasi sebenar, apatah lagi masalah tekanan yang dihadapi Ben sudah bertahun-tahun membelenggu dirinya," katanya.

Keadaan menyedihkan penyanyi Stanza Sepi Sekeping Hati itu meraih perhatian ramai selepas video yang menunjukkannya tidak terurus dirakam dan dikongsi seorang peminat di laman sosial, minggu lalu.

Rabu lalu, Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan dan polis membawanya ke HKL bagi menjalani pemeriksaan kesihatan serta mental.

Ben, yang hidup bergelandangan di sekitar ibu negara sejak 24 tahun lalu, kini ditempatkan sementara di Wad Psikiatrik HKL bagi pemantauan, selain menunggu hasil laporan sebelum JKM menentukan status hak penjagaan sama ada diserah kepada jabatan terbabit atau pihak keluarga.

MALAYSIAN DIGEST

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED