Translate

02 February 2017

Kediaman Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang terletak di Ampang kini dikepung polis.


Rumah Jamal Yunos Dikepung Polis

SHAH ALAM: Kediaman Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang terletak di Ampang kini dikepung polis.

Jamal ketika dihubungi berkata, lapan pegawai polis sedang menunggunya di luar pintu pagar.

"Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu saya akan datang ke balai dalam pukul tiga tetapi mereka ini tidak sabar-sabar hendak tangkap saya.

"Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula," katanya kepada Sinar Online.

Tindakan polis itu difahamkan berhubung tindakan Jamal menceroboh sebuah pusat judi di Ampang baru-baru ini.

Difahamkan, polis sebelum ini meminta Jamal supaya datang ke balai polis untuk menyerah diri berhubung isu berkenaan.

- Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED