Translate

18 January 2017

Video Seekor aligator gergasi yang berjaya dirakam oleh pengunjung di kawasan pemuliharaan alam Polk Country menjadi viral




Aligator Gergasi Rentas Semak Berjaya Dirakam di Florida


POLK COUNTY, Florida – Seekor aligator gergasi berjaya dirakam oleh pengunjung di kawasan pemuliharaan alam Polk Country pada Ahad.

Aligator bersaiz besar itu dilihat merentasi satu kawasan bersemak di Circle B Bar Reserve di Lakeland.

Seorang pengguna Facebook, Kim Joiner, sempat merakam aligator terbabit sebelum memuat naik video berkenaan di laman Facebook.

"Ianya detik yang sangat mengujakan," katanya kepada WFLA.com.

Kata Joiner lagi, dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.

Joiner menganggarkan aligator itu sepanjang 12 kaki.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, aligator terbabit kelihatan seakan-akan tidak perasan dengan kehadiran orang ramai yang merakam pergerakannya.

Sumber: WFLA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED