Translate

19 January 2017

Siri rancangan gameshow popular, Running Man di katakan telah memilih Malaysia sebagai salah salah satu negara yang akan dilawati dalam siri jelajah Asia

Untuk Persembahan Terakhir, Running Man Pilih Malaysia Dalam Siri Jelajah Asia


Siri rancangan gameshow popular, Running Man di katakan telah memelilih Malaysia sebagai salah salah satu negara yang akan dilawati dalam siri jelajah Asia bermula Februari depan.

Kim Jong Kook, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin dilaporkan bakal hadir ke negara kita tidak lama lagi di mana sudah pasti menerima sambutan hebat daripada peminatnya di Malaysia.

Memetik laporan TV Report, selain Malaysia acara berkenaan akan turut diadakan di Taipei, Taiwan, Macao, Singapura dan Thailand di mana ai akan bermula di Taipei, Taiwan pada 10 Februari.

Bagaimanapun dalam jelajah Asia tiu, salah salah seorang anggota Running Man iaitu Yoo Jae Suk dilaporkan tidak dapat menyertai acara ini.

Sejak berita yang mengatakan siri Running Man akan berakhir selepas ramai pesertanya menarik diri, ramai peminat seluruh dunia dikatakan bersedih dan hashtag #runningman juga menjadi antara yang paling popular di laman sosial twitter dan Instagram.

Mereka juga menyatakan rasa terharu kerana Running Man telah emnghiburkan mereka selama ini hasil gabungan peserta-peserta yang cukup hebat. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED