Translate

03 January 2017

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat Kepada 355 Orang Malam Ini


KUALA TERENGGANU: Sebuah pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Besut malam ini menjadikan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 355 orang berbanding 298 orang petang tadi.
Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat pukul 9 malam ini, kesemua mangsa banjir ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan di empat daerah di Terengganu.
Mangsa banjir di Hulu Terengganu kekal seramai 173 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nibong, Pusat Pemindahan Kampung Bukit Tadok dan Balai Raya Kampung Getang.
Di Dungun, seramai 88 mangsa masih berada di dua buah pusat pemindahan iaitu Dewan Sivik Paka dan SK Durian Mentangau manakala di Marang, 30 orang masih menghuni pusat pemindahan di SK Pasir Putih.
Di Besut pula, seramai 64 orang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan iaitu di Dewan Masjid Kampung La dan Dewan Serbaguna Kampung Keruak.
Sementara itu, difahamkan 42 orang mangsa dari Kampung La telah berpindah ke masjid kampung berkenaan ekoran kediaman mereka dinaiki limpahan air Sungai Besut antara 1 hingga 1.5 meter pada 7.30 malam ini.
- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED