Translate

14 January 2017

Gara-gara kontroversi bersama bekas kekasihnya pengacara Shenty Feliziana, nama Syazwan Zulkifly ditolak daripada terlibat dalam drama.

Digam Stesen TV Kerana Isu Pukul Bekas Kekasih


MALAYSIAN DIGEST
..
Gara-gara kontroversi bersama bekas kekasihnya pengacara Shenty Feliziana, nama Syazwan Zulkifly ditolak daripada terlibat dalam drama terbitan sebuah stesen televisyen.
Memetik laporan mStar online, Syazwan, 30, berkata, perkara itu diketahui baru-baru ini daripada sebuah produksi yang pada awalnya menawarkan dia untuk terlibat dalam sebuah drama yang bakal disiarkan stesen berkenaan.
"Pada mulanya saya terfikir juga kenapa sudah lama tiada sebarang tawaran drama untuk stesen TV itu dan saya anggap tiada rezeki tetapi baru-baru ini ada produksi yang menawarkan saya untuk terlibat dalam sebuah drama stesen itu.
"Mereka suruh saya datang uji bakat dahulu, kemudian beberapa hari selepas itu mereka hubungi saya dan beritahu nama saya ditolak dengan alasan saya pernah ada masalah dengan staf stesen berkenaan," katanya.
Luah Syazwan, dia kecewa kerana perkara tersebut merupakan masalah peribadi dan tiada berkaitan dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Pelakon terkenal dengan watak antagonis ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan memukul bekas kekasihnya itu pada November 2015.







Shenty Feliziana Sudah Maafkan Individu Yang Memukulnya
Oleh RTKY Staff pada
11 November 2015, 5:11PM

Siapa sangka, perbincangan yang pada mulanya adalah untuk berbincang mengenai arah tuju hubungan mereka, akhirnya wartawan penyiaran dan juga hos program HLive di Astro, Shenty Feliziana dipukul oleh seorang pelakon yang sebelum ini pernah menyatakan rasa rindunya kepada Shenty setelah kejadian tersebut berlaku.

BACA: Kerana Isu Kekasih, Syazwan Zulkifly Berhenti Berlakon







“Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami. Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan… dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan,” jelas Shenty kepada BH Online.

Shenty kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober lalu atas faktor keselamatan diri pada hari kejadian.




“Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di balai polis untuk membuat laporan polis. Ketika itu saya ditemani rakan setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, saya nekad membuat laporan polis”

“Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab, termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang menghidap sakit jantung. Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya. Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka”

“Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas. Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya. Dengan apa yang terjadi, saya berharap tidak akan dikaitkan lagi dengan pelakon itu,” kata Shenty yang mula mengenali pelakon lelaki berkenaan pada Disember tahun lalu. (rtky/s)

Gambar Ihsan: BH Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED