Translate

09 January 2017

Fasha Sandha mengakui hatinya sudah mula terbuka untuk membuka ruang kepada lelaki lain yang ingin mengenalinya

Fasha Akui Sudah Terbuka Hati Mahu Kahwin Lagi

Malaysian Digest
..
Meskipun masih belum mempunyai teman istimewa kerana kesibukan tugas, selain tidak bersedia mempunyai komitmen dalam perhubungan, namun Fasha Sandha mengakui hatinya sudah mula terbuka untuk membuka ruang kepada lelaki lain yang ingin mengenalinya.
Wanita erusia 32 tahun itu turut membayangkan akan menamatkan zaman solo sebelum dua anaknya, Putra Rayfal Ramli, 3, dan Putri Raysha Jemaima, 2, meningkat dewasa.

"Saya belum terfikir untuk ke fasa seterusnya (perkahwinan). Bukan tidak berjumpa lelaki lain, tetapi ketika ini, saya takut tidak dapat memberikan komitmen kerana lebih mengutamakan kerjaya seni.
"Usia saya akan memasuki 33 tahun tidak lama lagi, saya berharap jodoh saya sampai sebelum anak-anak terlalu besar.
"Ketika ini, anak-anak masih belum faham situasi yang ayah dan ibu mereka lalui ini. Andai ditakdirkan saya bertemu jodoh nanti, saya akan terima," katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Fasha juga mengaku masih belum ada lelaki yang cuba mendekati dan menghampirinya.
"Alhamdulillah, belum ada lelaki yang cuba mendekati untuk mengambil kesempatan hanya kerana saya ibu tunggal. Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Persepsi masyarakat terhadap ibu tunggal juga sudah berubah.
"Sebagai ibu tunggal, kita perlu tunjukkan yang kita boleh bekerja dan berdikari supaya orang memandang tinggi serta jangan sesekali menunjukkan diri sebagai insan yang lemah," katanya
Mengenai perkembangan kerjaya, Fasha memberitahu dia terpaksa mengurangkan berat badannya bagi menjayakan wataknya sebagai Tisha dalam filem terbaharu, Badang, arahan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED