Translate

13 December 2016

Sultan Muhammad V Tiba Di Dataran Parlimen Untuk Lafaz Sumpah Agong Ke-15- MD

 Sultan Muhammad V Tiba Di Dataran Parlimen Untuk Lafaz Sumpah Agong Ke-15

Foto: BHFoto: BH
KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini, bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Ketibaan Tuanku Muhammad V pada jam 10.05 pagi disambut oleh Raja Muda Selangor  Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mewakili Sultan Selangor diiringi Tengku Laksamana Selangor serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas sambutan.
Foto: BHFoto: BH
Tuanku Muhammad V, 47, menaiki kenderaan rasmi kemudiannya dijadual berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan yang akan dihadiri semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri serta jemaah menteri.
Memetik laporan media, seramai 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer diketuai Kapten Mohd Hafiz Mohamad Noor mengadakan kawalan kehormat setempat.
Tuanku Muhammad V dipilih Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 (Khas) pada Oktober lepas, dan akan menduduki takhta bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, pada Isnin (semalam).
Sementara, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Sambutan
Kebarangkatan tiba Tuanku Muhammad V di Dataran Parlimen kira-kira pada pukul 11.03 pagi disambut dengan tiupan nafiri oleh 14 anggota dari pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut keberangkatan tiba baginda.
Baginda diiringi ke peterana, melintasi pasukan kawalan tombak, diikuti dengan persembahan tabik "Hormat Diraja" oleh pasukan kawalan kehormat dan disusuli lagu Negara Ku oleh pasukan pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.
Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
Tuanku Muhammad V kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Upacara sambutan Seri Paduka Baginda disiarkan secara langsung melalui saluran TV1, Radio dan Televisyen Malaysia.
YDP Agong Sultan Muhammad V memeriksa Kawalan Kehormat Utama dari Rejimen Artileri Diraja di Istana Negeri Kubang Kerian.YDP Agong Sultan Muhammad V memeriksa Kawalan Kehormat Utama dari Rejimen Artileri Diraja di Istana Negeri Kubang Kerian.
Berita lanjut menyusul
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED