MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OVER 130 TOP HITS AVAILABLE ON OUR MUSIC PLAYER AT THE BOTTOM. TO VIEW THE LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... PLAYER NOT AVAILABLE FOR MOBILE PHONE / TABLET USERS

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Monday, 26 December 2016

Pemandu kereta terbabit nahas maut serah diri




Pemandu kereta terbabit nahas maut serah diri Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my 

KETUA Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain. - Foto Muhd Asyraf Sawal 

KUALA LUMPUR: Pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut berhampiran bulatan Jalan Pudu di sini, pagi semalam, ditahan malam tadi. 
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata lelaki berusia 25 tahun itu yang membuat laporan di Balai Trafik Shah Alam, pada jam 4.08 petang, ditahan sejurus hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur pada jam 7 malam. "Polis sudah merakam percakapan lelaki itu selain mengambil sampel air kencing serta darahnya untuk dianalisis. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis," katanya. 

Polis turut menahan kereta yang terbabit dalam kemalangan itu untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan Jabatan Kimia. 

Dalam kemalangan jam 10 pagi semalam, Meor Ridzuan M Amin, 25, dari Pandan Mewah, Ampang, maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar kereta yang membuat pusingan U di laluan yang tidak dibenarkan. Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM) akibat cedera parah pada kepala dan badan. Isteri mangsa, Sri Winda Astuti, 23, yang hamil enam bulan dan membonceng motosikal itu, cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Kejadian itu kemudian menjadi tular apabila netizen turut memuat naik maklumat berkaitan pemilik kenderaan itu di media sosial.

 Seorang lelaki dalam satu komen di laman Facebook, kemudian tampil mengaku kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu adalah miliknya tetapi mendakwa, ketika kejadian kereta itu dipandu rakannya. 

Dia turut memohon maaf dan berharap kes itu segera diselesaikan, selain meminta orang ramai supaya memadam tular yang mengaitkannya dengan kejadian itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/227245









Polis cari pemandu langgar pasangan suami isteri Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my MEOR Ridzuan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke PPUKM akibat cedera parah pada kepala dan badan. - Foto ihsan bomba

 KUALA LUMPUR:

 Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang terbabit dalam satu kes langgar lari di Jalan Pudu berhampiran Bulatan Jalan Pudu di sini, yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut, pagi tadi.

 Dalam kemalangan kira-kira jam 10 pagi, mangsa Meor Ridzuan M Amin, 25, dari Pandan Mewah, Ampang, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM) akibat cedera parah pada kepala dan badan. Bagaimanapun, isteri mangsa, seorang warga Indonesia dikenali sebagai Sri Winda Astuti, 23, yang sedang hamil enam bulan, selamat dengan hanya cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain memberitahu, siasatan mendapati motosikal ditunggang pasangan suami isteri itu bergerak dari arah Cheras menghala ke arah Jalan Pudu. "Saksi mendakwa sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih tiba-tiba mahu membuat pusingan U di laluan tidak dibenarkan menyebabkan motosikal terbabit tidak sempat mengelak dan melanggarnya. "Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak dan mengalami pendarahan yang banyak, manakala kereta terbabit dikatakan berhenti seketika sebelum melarikan diri ke arah Cheras," katanya dalam satu kenyataan, tadi. 

Katanya, hingga kini pemandu kereta terbabit belum tampil membuat laporan polis. "Nombor pendaftaran kereta terbabit sudah dikenal pasti dan usaha mengesan pemandu terbabit sedang dijalankan. 

"Polis sudah merakam percakapan saksi kemalangan serta menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/227130

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers