MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OVER 130 TOP HITS AVAILABLE ON OUR MUSIC PLAYER AT THE BOTTOM. TO VIEW THE LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... PLAYER NOT AVAILABLE FOR MOBILE PHONE / TABLET USERS

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Wednesday, 14 December 2016

Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15





Tuesday, 13 December 2016


http://warisanpermaisuri.blogspot.my/

Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV.


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke- 15
Sultan Muhammad V.

Istana Kubang Kerian dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 bermula di Istana Negeri, Kubang Kerian. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V tiba diperkarangan Istana Kubang Kerian kira-kira pukul 7.50 pagi dan disambut oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Tengku Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob. Seterusnya lagu negeri Kelantan dimainkan dan baginda berkenan memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan Rejimen Askar Melayu DiRaja. Istiadat diteruskan dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Kelantan Dato Mohamad Shukri Mohamad. Selesai doa dibacakan, lagu Negaraku dimainkan. Baginda seterusnya barangkat ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 

Sultan Muhammad V tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 8.50 pagi. Baginda disambut oleh dif-dif kehormat dan kemudiannya baginda berkenan bersalaman dengan mereka. Baginda seterusnya disambut oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam, dan kemudiannya baginda bersalaman dengan Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Baginda seterusnya diiringi ke balai pelepasan. Baginda sempat bersalaman dengan rakyat jelata dalam perjalanan menuju ke balai pelepasan. Sebelum baginda menaiki pesawat, doa selamat dibacakan sekali lagi oleh Mufti Kelantan. Baginda menaiki pesawat menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.00 pagi.


Berkenan memeriksa barisan kehormatan.




Bacaan doa oleh Mufti Kelantan.


Pemangku Raja Kelantan Tengku Faiz Petra dan Bonda Raja Perempuan Tengku Anis.


Bersama bonda, adinda, dan Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam.


Memohon restu daripada Paduka Bonda.

Lambaian kepada seluruh rakyat Kelantan.

KUALA LUMPUR :
Kompleks Bunga Raya, KLIA dan Dataran Parlimen.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 Sultan Muhammad V tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.16 minit pagi. Baginda disambut oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, YAM Tengku Laksmana Selangor Tengku Sulaiman Shah serta kerabat diraja Selangor yang lain. Turut menyambut baginda ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri  Dr Salleh Tun Said Keruak. Baginda diiringi melalui pasukan Kawalan Kehormat Setempat oleh Angkatan Tentera Malaysia Unit I Rejimen Renjer Diraja, terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat, yang diketuai Kapten Mohd Hafiz Mohamad Noor. Baginda kemudian berangkat ke Dataran Parlimen untuk sambutan rasmi penuh istiadat.

Sultan Muhammad V di Dataran Parlimen pada jam 11 pagi tadi disambut dengan tiupan nafiri oleh 20 anggota dari Rejimen Kedua Kor Armour Diraja. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyambut keberangkatan tiba baginda. Baginda diiringi ke peterana, melintasi pasukan kawalan tombak, diikuti persembahan tabik 'Hormat Diraja' oleh pasukan kawalan kehormat. Ia disusuli lagu Negaraku oleh pasukan pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin Kapten Nor Azizan Yahaya. Serentak itu, panji-panji Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das. Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat 103 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Mejar Mohd Riduan Mohd Basheer. Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri dan disusuli dengan tabik 'Hormat Diraja' serta lagu Negaraku. Baginda kemudian menerima menghadap Menteri Kabinet dan ketua jabatan sebelum berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Memegang Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.  

Keberangkatan tiba ke Kompleks Bunga Raya.


Disambut oleh DYTM Raja Muda Selangor, YAM Tengku Laksmana Selangor dan kerabat diraja Selangor yang lain.


Tengku Amir Shah, Tengku Sulaiman Shah, serta kerabat diraja Selangor menanti keberangkatan Sultan Muhammad V.









Bersalaman dengan Perdana Menteri.

Mmeriksa barisan kawalan kehormatan di Dataran Parlimen.




No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers