Translate

13 November 2016

Seorang pengguna jalanraya yang berang telah bertindak melepaskan marahnya dengan menampar dan menendang seorang jurutol wanita.



(Video) Jurutol Wanita Dipukul Pengguna Lebuhraya Selepas Kad Transaksinya Gagal Berfungsi


Gara-gara kad transaksi tol yang dimilikinya tidak boleh digunakan ketika di tol, seorang pengguna jalanraya yang berang telah bertindak melepaskan marahnya dengan menampar dan menendang seorang jurutol wanita.

Berdasarkan rakaman video yang tersebar, pemandu berkenaan telah memasuki lorong tol di Paliman, Cirebon di Jawa Barat, Indonesia, namun kad transaskinya tidak boleh digunakan untuk membayar tol sebanyak 6,000 rupiah (RM1.96 sen).

Kerana masalah itu dia telah naik berang dan memarahi jurutol wanita, dilihat berlaku perang mulut antara mereka berdua sebelum ditenangkan seorang lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan.

Selepas melepasi penghalang tol, dia yang tidak berpuas hari telah memberhentikan kereta dan bertindak mendapatkan jurutol berkenaan sebelum menampar dan menedang wanita itu. - Siakapkeli.my





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED