Translate

13 September 2016

Lembu korban besar jenis Charolais berasal dari France seberat 1 tan matrik bakal dikorbankan pada pagi hari raya kedua Aidiladha.


Lembu Dengan Berat 1000 Kilogram, Bakal Dikorbankan



Lembu jenis Charolais
TERENGGANU, 12 Sept: Lembu korban besar jenis Charolais berasal dari France seberat 1 tan matrik bakal dikorbankan pada pagi hari raya kedua Aidiladha.

Menurut Pengerusi Badan Ukhwah Darul Iman (Budi Losong), Zulfadzli Hassan, lembu jenis Charolais itu dibelinya daripada seorang penternak di Telemong, Hulu Terengganu sebulan lalu, dan menjadi perhatian orang ramai kerana saiznya tiga kali ganda dari lembu tempatan.

Sekarang sukar hendak mencari lembu sebesar ini pada umur sebegini, dan dijangka memperoleh daging mencecah 400 kilogram untuk diagih-agihkan kepada orang ramai, kata Zulfadzli, tulis Terengganu Times.

"Orang ramai boleh hadir menyaksikan sembelihan di samping mendapatkan daging-daging agihan dan beramah mesra dengan penduduk kampung menerusi jamuan ringan yang disediakan," tambah Zulfadzli.

“Apa yang lebih mustahak, kita mahu masyarakat melihat pengurusan korban mengikut syarak yang kita laksanakan. Sebagai badan NGO Islam, ini merupakan dakwah kita kepada ummah,” katanya.

Ini merupakan kali kedua BUDI Losong berjaya mendapatkan lembu baka terbaik selepas yang pertama kira-kira lima tahun lalu, sepanjang 10 tahun terlibat dalam ibadah korban.


Sumber: Terengganu Times

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED