Translate

28 August 2016

Penyanyi Stacy memberitahu selera makannya semakin bertambah dan menggemari makanan manis sejak disahkan hamil


Selera Makan Bertambah, Suka Yang Manis-Manis


.
Penyanyi Stacy memberitahu selera makannya semakin bertambah dan menggemari makanan manis sejak disahkan hamil anak sulung.

Memetik laporan Kosmo!, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini berkata, dia tidak mengalami sebarang alahan mahupun muntah-muntah yang teruk. Malah setakat ini, segalanya aktiviti dan rutin hariannya masih berjalan seperti biasa.

"Usia kandungan saya kini sudah mencecah tiga bulan. Saya baru sahaja mengetahuinya sejak sebulan yang lepas setelah merasai beberapa perubahan pada diri.

"Perubahan ketara yang saya rasa adalah selera makan semakin bertambah. Jika dahulu saya menggemari makanan masam, tetapi sekarang ia terbalik kerana lebih menggemari makanan manis. Bagaimanapun, saya masih mengawalnya.

"Boleh dikatakan, saya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang alahan mahupun muntah-muntah yang teruk. Setakat ini, segalanya masih berjalan seperti biasa," katanya.

Dalam pada itu, Stacy berkata suaminya antara orang yang paling gembira dan teruja apabila mengetahui berita gembira itu. Begitu juga dengan anak angkatnya, Bella.

Selain katanya, dia mungkin akan bekerja selagi mampu sebab tidak mahu terlalu manjakan diri.

Baru-baru ini Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan Akim & The Majistret membuat pengumuman menerusi laman sosial memberitahu isterinya sedang berbadan dua. Lebih manis, pengumuman tersebut dibuat sempena ulang tahun kelahiran Stacy yang ke-26.

"Pada mulanya kami memang tidak mahu mengumumkan kepada sesiapa, tetapi setelah ramai pihak mula bertanya dan melihat perubahan perut saya, jadi kami pun bersetuju untuk berkongsi berita gembira ini kepada semua pihak.

"Tujuan lain pengumuman ini dibuat adalah agar tawaran kerja yang datang selepas ini dapat disesuaikan dengan keadaan saya yang sedang berbadan dua," jelas Stacy lagi.

Stacy Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah dan Akim selamat diijabkabulkan pada 5 Februari lalu.

Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED