Translate

28 August 2016

Lebih tiga juta rakyat negara ini mengalami masalah mati pucuk atau erectile dysfunction (ED),


Tiga Juta Rakyat Malaysia Mati Pucuk - Pakar



KUALA LUMPUR: Lebih tiga juta rakyat negara ini mengalami masalah mati pucuk atau erectile dysfunction (ED), kata Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif Dr Mohd Ismail Mohd Tambi.

Katanya, angka itu berkemungkinan lebih tinggi memandangkan ramai daripada mereka yang mengalami masalah itu enggan mengakuinya atau tidak cuba mendapatkan rawatan kesihatan sewajarnya.

“Saya terlibat dalam satu kajian pada tahun 1996-1997 di mana 600,000 lelaki rakyat Malaysia didapati mengalami masalah mati pucuk.

“Angka itu telah meningkat sekurang-kurangnya lima kali ganda atau lebih hari ini,” kata beliau dalam satu temu bual bersama Astro AWANI baru-baru ini.

Beliau yang telah berkecimpung hampir 30 tahun dalam bidang ini menambah bahawa keadaan itu lebih membimbangkan apabila kajian sama turut mendapati kalangan mereka itu adalah golongan muda atau lewat 20-an.

Menurutnya, antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah gaya hidup yang tidak seimbang, fizikal yang obes dan menghadapi tekanan hidup.

Lebih daripada tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk, kata pakar sakit tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi.

Lebih daripada tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk, kata pakar sakit tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi.

Dr Mohd Ismail berkata merokok juga boleh menyumbang kepada masalah ED, namun kebanyakan rakyat Malaysia sukar untuk mengubah gaya hidup mereka.

“Ada juga suami yang berkata merokok memberi mereka lebih kepuasan dalam hubungan, namun isteri mereka tidak bersetuju,” katanya.

Viagra dan ubat kuat

Dr Mohd Ismail berkata ketika Viagra mula diperkenalkan di Malaysia, ramai rakyat Malaysia mahu mencubanya dan meminta beliau mendapatkan ubat itu.

Malah wujud permintaan tinggi daripada warga Singapura untuk memperolehnya.

“Di Singapura, ubat itu tidak boleh didapati sewenang-wenangnya kecuali atas arahan pakar perubatan. Jadi ramai rakyat Singapura yang datang ke sini untuk mendapatkannya,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan kebimbangan dengan lambakan ubat kuat lelaki di pasaran, terutama di pasaran gelap dan dijual dengan harga murah.

Dr Mohd Ismail turut menasihati rakyat Malaysia agar mengelak daripada mencuba ubat sedemikian tanpa nasihat doktor.

“Ramai yang mengambil ubat-ubat sebegini selepas dicadangkan oleh rakan-rakan. Ubat-ubat ini dibeli dengan harga murah dari negara China dan India. Ada juga yang dibeli secara dalam talian,” katanya lagi.

Katanya, antara kesan sampingan daripada ubat itu termasuklah pening kepala, sakit otot, mata kemerahan, kebas muka dan hidung tersumbat.

“Nasihat saya kepada mereka yang mengalami masalah ini ialah jangan ambil ubat-ubat sebegini tanpa nasihat pakar perubatan kerana mati pucuk mungkin adalah simptom untuk masalah kesihatan yang lain seperti diabetes,” katanya lagi.






- Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED