Translate

29 July 2016

Sebuah bilik kuliah yang berada di tingkat bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini musnah dalam satu kebakaran sebentar tadi.


29/07/2016 3:55pm



SHAH ALAM - Sebuah bilik kuliah yang berada di tingkat bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini musnah dalam satu kebakaran sebentar tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran tersebut berlaku kira-kira pukul 2.21 petang sebaik selesai solat Jumaat.

"Seramai dua pegawai dan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama jentera masing-masing bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

"Api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian. Kebakaran ini tidak melibatkan mangsa namun bilik kuliah tersebut hangus 100 peratus,"katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Sani berkata, punca dan nilai kerugian masih lagi dalam siasatan. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0729&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz4FmfihZaW
Hakcipta terpelihara










Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED